Mungkin PN dan PH kerjasama lawan BN – Mahfodz

Mungkin PN dan PH kerjasama lawan BN – Mahfodz

Kerjasama PAS dan Perikatan Nasional (PN) dengan blok pembangkang tidak mustahil boleh berlaku bagi menghadapi “kesombongan” Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) Johor.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mahfodz Mohamed, berkata cadangan itu bagaimanapun mestilah berlandaskan syarat parti pembangkang berkenaan tidak ekstrem dan bersedia meninggalkan DAP sekiranya mereka berada dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

Beliau secara peribadi berpandangan segala kemungkinan boleh berlaku dalam politik, lebih-lebih lagi Umno dilihat semakin rakus untuk mengenepikan PAS daripada kerjasama Muafakat Nasional (MN) pada saat mereka kembali menjadi kuat dan memimpin pentadbiran Putrajaya.

“Umno sewajarnya menyedari sewaktu mereka jatuh teruk selepas kekalahan pilihan raya umum ke-14 (PRU14), parti itu kembali memenangi banyak pilihan raya kecil disebabkan bantuan PAS.

“Kalau ada cadangan untuk mengajak blok pembangkang bersatu dengan PAS dan PN pun tidak mustahil dengan PAS tiada masalah mencari kawan baharu yang tidak ekstrem.

“Sebagai contoh, jika Amanah dan PKR hendak bekerjasama dengan PAS pun boleh, dengan syarat mereka tidak ekstrem dan bersedia meninggalkan DAP,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan Bersatu Bahagian Johor Bahru yang mengesyorkan Muafakat Rakyat Johor (MRJ) melibatkan PN dan semua parti pembangkang yang bertanding dalam PRN Johor ditubuhkan bagi tujuan menumbangkan Umno dan BN.

Timbalan Ketua Bersatu Bahagian Johor Bahru, Razrul Anwar Rusli mencadangkan MRJ itu terdiri daripada Bersatu, PN, PH, Pejuang, MUDA dan Warisan.

Ditanya mengenai status perbincangan Umno-PAS bagi menghadapi PRN Johor, Mahfodz mengakui tawaran empat kerusi DUN dikemukakan kepimpinan Umno kepada parti itu adalah tidak wajar.

Sebaliknya, Ketua Sidang Assabiqun PAS Pusat itu berpandangan Umno sepatutnya memberi laluan kepada PAS bertanding sekurang-kurangnya enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang Amanah sebelum ini.

“Bagaimanapun, perbincangan dengan Umno dan PN masih berlangsung ketika ini dengan PAS masih berharap ketiga-tiga parti Melayu dan Islam bersedia bekerjasama untuk memastikan kemenangan ummah di Johor lebih kukuh.

“Namun, dengan masalah Umno dan Bersatu nampak tidak boleh bersatu dan BN lebih berminat bergerak solo, PAS mungkin tiada pilihan lain selain kekal dengan PN,” katanya. FMT

Mungkin PN dan PH kerjasama lawan BN – Mahfodz


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Bumbung pakir Pasaraya Giant diterbangkan ribut [VIDEO]

Objek berputar menyeramkan di Bima Sakti (Milky Way) dikesan saintis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker