PRN Johor: UMNO tutup pintu buat ‘Katak Politik’

SHAH ALAM – Bekas Exco Pelancongan, Belia dan Sukan Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak akan memberi ruang kepada mana-mana ‘katak politik’ untuk kembali bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor menggunakan tiket parti itu.

Jelas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layang-Layang itu, beliau juga yakin pucuk kepimpinan UMNO dan BN tidak akan membuat keputusan yang akan memberi kesan negatif kepada parti itu sendiri.

Pandangan itu dikemukakan Onn Hafiz yang juga cicit kepada pengasas UMNO, Allahyarham Datuk Onn Jaafar susulan seorang lagi bekas Exco Kerajaan Negeri, Mazlan Bujang mengumumkan keputusan keluar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan meletak jawatan sebagai Ketua Bersatu Bahagian Tebrau.



Keputusan Mazlan itu mengundang perdebatan dalam kalangan pimpinan UMNO dan BN Johor sama ada ia dibuat bagi membolehkan mereka kembali bertanding pada PRN Johor menerusi tiket parti itu.

“Saya yakin pucuk pimpinan UMNO tidak akan mengambil keputusan yang akan memberi kesan negatif kepada parti (merujuk isu menerima’katak politik’sebagai calon PRN).

“(Sama ada parti akan memberi ruang kepada katak-katak politik ini bertanding PRN) Tidak, setahu saya tiada,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Premium.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pandangan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi, Johan Azam Mohd Yasin yang berharap UMNO dan BN Johor tidak akan meletakkan katak politik sebagai calon pada PRN Johor kelak.



Johan Azam berkata, calon katak politik tidak mempunyai pendirian dalam perjuangan, sekali gus tidak layak mendapat tempat lagi dalam parti keramat itu.

Selain Mazlan, terdapat spekulasi mendakwa sekurang-kurangnya dua lagi bekas ADUN Bersatu dijangka akan mengikut jejak langkah bekas Pengerusi Bersatu Johor itu keluar parti dan menyertai UMNO dalam masa terdekat.

Salah seorang daripadanya termasuklah ADUN Sedili, Rasman Ithnain yang kini sedang disiasat atas dakwaan kes gangguan seksual terhadap seorang kakitangan pejabatnya.

Mengulas lanjut, Onn Hafiz yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam menjelaskan pucuk kepimpinan UMNO dan BN sentiasa mengambil kira pandangan akar umbi, terutama dalam senario genting ketika ini.



Ditanya kemungkinan lebih ramai lagi bekas ADUN Bersatu akan keluar parti dan menyertai UMNO dan BN, beliau menegaskan perkara itu hanya spekulasi semata-mata.

UMNO tutup pintu buat ‘Katak Politik’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”

Ini pendedahan sebenar Lee Jii Zia



PRN Johor: Muhyiddin takut tewas pada UMNO di Bukit Gambir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker