Jualan Akuarium Mangkuk Dihentikan Sebagai Punca Ikan Jadi Gila, Cepat Mati
Jualan Akuarium Mangkuk Dihentikan Sebagai Punca Ikan Jadi Gila, Cepat Mati
SEBUAH pembekal akuarium terkemuka di Perancis membuat keputusan untuk berhenti menjual akuarium ikan berbentuk mangkuk kerana ia membuat ikan menjadi gila dan mati dengan cepat.
Firma jagaan haiwan peliharaan Perancis, AgroBiothers Laboratoire, tidak akan lagi menjual sebarang akuarium dengan kapasiti kurang 15 liter dan hanya akan menjual akuarium berbentuk empat segi.
Ini kerana apabila ikan-ikan diletak di dalam mangkuk-mangkuk yang kecil tanpa penurasan dan sistem oksigen, akan terseksa kata firma tersebut.
“Orang ramai membeli ikan emas untuk anak-anak mereka mengikut gerak hati, tetapi jika mereka tahu mereka sedang menyeksa ikan itu, mereka tidak akan melakukannya.
“Berpusing-pusing di dalam mangkuk kecil membuat ikan menjadi gila dan mati dengan cepat,” Ketua Pegawai Eksekutif AgroBiothers Matthieu Lambeaux memberitahu Reuters.
Ikan emas boleh hidup sehingga 30 tahun dan membesar sehingga sekitar 25 sentimeter dalam akuarium besar ataupun kolam-kolam di luar rumah.
Namun, dalam mangkuk kecil, secara lazimnya, mereka mati dalam tempoh beberapa minggu atau bulan.
Ikan emas ialah haiwan sosial yang perlu ditemani ikan-ikan lain, berada di ruang yang besar dan air yang bersih, menurut Matthieu.
Jerman dan beberapa negara Eropah sudah lama melarang akuarium ikan berbentuk mangkuk. –Reuters
Jualan Akuarium Mangkuk Dihentikan Sebagai Punca Ikan Jadi Gila, Cepat Mati
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Wanita jumpa mainan aneh dalam jajan kanak-kanak
- Abu Syafiq Tawar Kerja Di Mekah, Ramai Yang Berminat
- PAS dan UMNO. “Tenanglah saudaraku. Tamatkanlah persengketaan ini – Nasrudin Tantawi
- Perluas sistem solar PV bantu penjimatan bil elektrik rakyat
- Pejuang bidas PKR
- Netizen ‘Kembang Tekak’ Lihat Penyediaan Makanan Restoran Ternama
- Bersatu mahu ‘tamatkan’ Umno, henti pujuk kami kerjasama – Najib
- Vida mohon maaf gelar Anuar Zain gay
- Pencarum menangis rayu keluar i-Citra RM10,000
- Ajak berkawan tapi macam musuh menyerang – Shahril
- Harimau masuk kampung sebab sakit, bukan pembalakan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Netizen Tells Mahadi: “Next Time You Can Record Heliza Helping You With Your Undies”
You must be logged in to post a comment.