Pemandu lori panggil polis bodoh ditahan



KUALA KANGSAR: Seorang pemandu lori ditahan selepas melakukan provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota polis di Kilometer 50, Jalan Ipoh-Taiping di sini semalam.

Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan pada pukul 11.10 pagi ketika Op Perdagangan dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar.

Difahamkan, kata-kata kesat yang dikeluarkan pemandu lori muatan pasir itu seperti, ‘babi, haram jadah polis dan bodoh polis’.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, provokasi dilakukan suspek tersebut ketika anggota polis mahu mengeluarkan saman terhadapnya.

“Semasa anggota hendak mengeluarkan saman, lelaki itu telah mengeluarkan kata-kata kesat dan enggan memberikan kerjasama sebelum tangkapan dibuat ke atas suspek,” katanya di sini hari ini.“Semasa operasi itu, kita telah menahan sebuah lori dan hasil pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut mendapati tidak dilengkapi dengan peralatan segitiga keselamatan.




Menurut beliau, ujian air kencing turut dilakukan terhadap lelaki itu namun keputusan ujian tersebut masih belum diterima pihaknya.

Katanya, semakan juga sedang dilakukan bagi mengenal pasti sama ada suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS



Leave a Reply

Your email address will not be published.