Rumah lama berbentuk kasut but ditemui dalam hutan UK
LONDON – Sebuah rumah yang berbentuk kasut but telah ditemui di dalam hutan di United Kingdom (UK) sekali gus menepati tajuk sebuah puisi lama pada tahun 1794.
Dalam puisi lama itu, ia menyatakan terdapat seorang wanita tua tinggal di dalam kasut.
Justeru, portal berita Daily Star melaporkan baru-baru ini, sebuah rumah berbentuk kasut but telah ditemui di dalam sebuah hutan di UK tetapi lokasi sebenar penemuan tersebut tidak didedahkan bagi mengelakkan ia dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Terdapat dakwaan bahawa seorang wanita pernah tinggal di dalam rumah yang berbentuk kasut but itu pada tahun 1950an.
Sunggupun begitu, terdapat dakwaan lain bahawa ia sebenarnya sebahagian daripada sebuah taman tema dan tidak ada penduduk yang menghuninya.
Namun, rumah yang berbentuk kasut but itu kelihatan sudah usang dan kelihatan ditinggalkan sejak sekian lama.
Sebelum ini terdapat puisi yang berjudul ‘The Little Old Woman who lived in a Shoe’ pada tahun 1794 yang ditulis oleh Mother Goose, menurut laman web American Literature. – Agensi
Rumah lama berbentuk kasut but ditemui dalam hutan UK
Baca Artikel Menarik:
- Pembantu Kit Siang pula mohon maaf pada Najib
- ‘Jenama Abah’ tak mampu tawan Johor, PAS nak ‘tumpang’ pengaruh Umno, kata penganalisis
- 2 beradik dibunuh bapa kandung di taman permainan
- Anak bekas anggota Rejimen 10 Komunis Melayu kembali ke Malaysia
- Bantuan khas RM700 penjawat awam, RM350 pesara
- Berebut pelajar perempuan, cedera dibuli senior
- Yasmin Hani Semakin ‘Fit’ Dan Cantik
- Difitnah pencuri, polis tidak mampu menahan warga emas daripada maut dibelasah
- Pembalakan bagus untuk harimau – Jabatan Perhutanan Kelantan
- Saya tidak mahu bersama Bersatu yang dipimpin Muhyiddin – Mazlan Bujang
- Bas lelong jadi rumah Nur Amira
Layari Laman Facebook MYKMU,NET
Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari
You must be logged in to post a comment.