PH tidak akan terima Bersatu kembali – Anwar

PH tidak akan terima Bersatu kembali – Anwar

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim hari ini menolak cadangan agar gabungan itu kembali bekerjasama dengan Bersatu.

Semalam, Timbalan Ketua Bersatu Johor Bahru Razrul Anwar Rusli membangkitkan cadangan agar partinya kembali bekerjasama dengan PH, bagi melawan Umno dalam PRN Johor.



Anwar mengulangi janji PH untuk menyatukan semua parti pembangkang termasuk dari luar gabungannya tetapi menegaskan Bersatu tidak menepati kriteria.

“Tak bangkit, kita kata pembangkang, bersatu pembangkang?” soalnya sema berjumpa dengan wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat majlis presiden PH di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Razrul Anwar dipetik sebagai mencadangkan Bersatu bergabung dengan PH bersama parti pembangkang lain seperti Warisan, Pejuang dan Perikatan Demokratik Bersatu Malaysia (Muda) di bawah nama “Muafakat Rakyat Johor”.

Cadangan itu pada dasarnya akan “membatalkan” Langkah Sheraton, ketika Bersatu mengambil langkah keluar daripada PH dan membawa kepada kejatuhan kerajaan PH-Warisan pada Februari 2020.



Pemimpin Bersatu yang tidak bersetuju dengan langkah itu terus menubuhkan Pejuang dan Muda.

Cadangan untuk membatalkan Langkah Sheraton itu ketika di saat Umno – yang bersama-sama Bersatu dalam kerajaan persekutuan dan negeri – dilihat cuba menyingkirkan parti itu.

Bersatu adalah parti utama dalam gabungan Peringkatan Nasional (PN) yang merangkumi PAS, Gerakan, Star dan SAPP sebagai rakan kongsinya manakala Umno pula adalah tunjang BN dengan MCA, MIC dan PBRS sebagai rakan kongsi. GPS adalah rakannya di Sarawak manakala PBS pula merupakan sekutunya di Sabah.

Pakatan baharu itu turut menggantikan PH di beberapa negeri termasuk Johor.



Menteri Besar Johor Hasni Mohammad, yang mewakili Umno, Sabtu lalu mengumumkan pembubaran DUN Johor.

Partinya bercadang untuk bertanding menentang PN dan PH dalam usaha membentuk kerajaan Johor baru sendiri. MK

PH tidak akan terima Bersatu kembali – Anwar


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Suspek samun, tikam pemandu Grab diberkas (Video)

GV bukan ‘apak’ saya punya – Ramli MS



Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker