Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun

Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun

KLANG – Seorang remaja perempuan terpaksa memendam hasratnya untuk menjalani kehidupan normal seperti individu lain selepas menghidap penyakit Refractory Simptomatic Primary Chronic Immune Thrombocytopenic Purpura (ITP) kronik yang pertama di Malaysia.

Nur Soffea Shamimie, 15, disahkan menghidap penyakit itu ketika berusia empat tahun.

Sepanjang 10 tahun menghidap penyakit itu, Nur Soffea yang mesra dipanggil Mimi menjalani pelbagai rawatan melibatkan pembedahan limpa, namun masih belum pulih sepenuhnya.

Difahamkan, penyakit ITP menyebabkan platelet sentiasa berkurangan serta boleh mengakibatkan pendarahan pada bila-bila masa sehingga mengancam nyawa.

Bapa remaja itu, Mohamad Naseri Nasrom, 41, berkata, anaknya kini bergantung dengan ubat yang harganya mencecah RM2,700 sekotak.

“Keutamaan saya sekarang untuk ubat-ubatan Mimi. Dalam sebulan dia perlu mengambil enam jenis ubat tetapi salah satunya perlu dibeli sendiri.

“Harga sekotak ubat itu adalah RM2,700 dan dia memerlukan dua kotak dalam sebulan. Jika setahun, kami memerlukan RM66,000 untuk membeli ubat berkenaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya Jalan Bertek di sini baru-baru ini.

Mohamad Naseri yang bekerja sebagai kontraktor pengimpal menerima pendapatan RM1,500 sebulan untuk menyara sembilan anak.

Sementara itu, isteri Moha­mad Naseri, Nor Zalinda Ramli, 37, memberitahu, sejak mengambil ubat itu, anaknya tidak lagi ke hospital, namun apa yang dibimbangkan adalah jika remaja tersebut terpaksa bergantung kepada ubat tersebut seumur hidup.

“Kami ada mencari alternatif lain mendapatkan ubat yang lebih murah walaupun saya rasa hampir mustahil.

“Walaupun dapat bantuan daripada pelbagai sumber dan zakat, namun saya buntu sampai bila kami perlu dibantu kerana ramai lagi orang di luar sana yang lebih memerlukan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mimi turut meluahkan rasa sedih kerana tidak dapat menjalani kehidupan seperti remaja lain.

“Saya sedih sebab tak dapat menjalani aktiviti seperti remaja lain. Sebelum ini doktor juga tidak membenarkan saya ke sekolah.

“Saya mahu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita bergelar doktor supaya satu hari nanti dapat membantu orang lain pula,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu keluarga Mohamad Naseri boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 162106365461 atas nama Mohamad Nasseri Nasrom atau menghubungi talian 010-7349 8030. K Online

Perlu bantuan: Bapa tak mampu tampung kos ubat anak RM66,000 setahun


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda dituntut bayar ganti rugi RM900,000 dan mohon maaf dalam 7 hari

Kata dua Aaron Aziz kepada Aliff Aziz

Pendayung solo rentas Atlantik maut di tengah laut [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker