Lee Zii Jia tolak tawaran gaji RM1 juta

Lee Zii Jia tolak tawaran gaji RM1 juta

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dilaporkan memberikan tawaran gaji sebanyak RM1 juta setahun kepada pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dalam usaha memujuknya untuk tidak meninggalkan badan induk itu.

Menurut sumber, tawaran balas berkenaan dibuat ketika sesi rundingan bersama pemain berusia 23 tahun itu selepas dia menghantar surat peletakan jawatannya pada 11 Januari lalu bagi bergerak secara profesional.

Katanya, ia pertama kali dalam sejarah BAM mengemukakan tawaran yang cukup lumayan itu kepada pemain di bawah naungannya.

“Datuk Lee Chong Wei (bekas jaguh perseorangan lelaki negara) yang menyumbang pelbagai kejayaan kepada negara ketika bergelar pemain pun tidak pernah mendapat tawaran sedemikian.

“Ini membuktikan betapa BAM cukup sayang kepada Zii Jia dan menghargai bakat yang dimilikinya. Zii Jia disifatkan sebagai aset penting kepada BAM.

“Bagaimanapun, tawaran itu masih tidak setanding dengan apa yang ditawarkan kepada Zii Jia sekiranya dia bergerak secara profesional. BAM sebagai persatuan turut mempunyai kekangan dan tidak boleh memberi tawaran di luar kemampuan tetapi sudah melakukan yang terbaik bagi memastikan Zii Jia kekal.

“Namun, pemain itu kekal dengan pendiriannya dan tetap mahu keluar daripada BAM,” katanya.

Jika juara Seluruh England 2021 itu menerima tawaran BAM, dia akan dibayar gaji sebanyak RM83,333 sebulan.

Bayaran gaji itu tidak termasuk elaun lain yang diberikan BAM kepada barisan pemainnya selain hadiah wang kemenangan jika muncul juara mana-mana kejohanan 100 peratus menjadi milik pemain bersama tambahan bonus yang diberikan badan induk itu.

Difahamkan, Zii Jia yang juga pemain ranking nombor tujuh dunia menerima tawaran lumayan daripada sebuah syarikat peralatan sukan dari Taiwan yang didakwa menjadi faktor utama dia mahu meninggalkan BAM.

Zii Jia didakwa ditawarkan bayaran sebanyak AS$400,000 (RM1.674 juta) setahun dengan tempoh kontrak selama tujuh tahun dengan nilai keseluruhan sebanyak RM11.718 juta.

Jumaat lalu, BAM memutuskan untuk tidak mendaftarkan Zii Jia menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa selama dua tahun berkuat kuasa 18 Januari lalu susulan keputusannya untuk meninggalkan badan induk itu bagi bergerak secara profesional. BH

Lee Zii Jia tolak tawaran gaji RM1 juta


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM

Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]

Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker