PRN Johor: Pas mahu elak tiga penjuru

PETALING JAYA : Pas akan mengadakan rundingan dengan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam membentuk kerjasama menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussin berkata, perbincangan akan dilakukan bersama kedua-dua pihak dalam masa terdekat supaya pilihan raya itu hanya menyaksikan pertandingan satu lawan satu.

“Kalau boleh Pas Johor hendak elak tiga penjuru, jadi kita berbincang dengan kedua-dua berkenaan perkara ini. Sebab itu, kita belum putuskan guna logo apa dalam PRN ini.

“Namun kita telah bersedia dengan sebarang kemungkinan. Perkara itu (perbincangan) belum lagi, tetapi dalam masa terdekat,” katanya.

Ketika ditanya mengenai persiapan PRN Johor, Abdullah berkata, pihaknya sedang merangka gerak kerja termasuk calon-calon yang bakal mewakili parti itu akan datang.

“Masih dalam persiapan,” katanya.

Ketika PRU-14, Pas hanya menang satu kerusi DUN iaitu Bukit Pasir daripada 28 kerusi ditandingi. – UTUSAN ONLINE

PRN Johor: Pas mahu elak tiga penjuru


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker