PAS Pengkalan Chepa akan patah sayap jika buang legasi Nik Aziz

PAS Pengkalan Chepa akan patah sayap jika buang legasi Nik Aziz

PAS Pengkalan Chepa akan ‘kepatahan sayap’ sekiranya membuang legasi Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata salah seorang anak saudara kepada Allahyarham.

Muhammad Fadzilul Hakimi A Rahman berkata, lambang kekuatan PAS Pengkalan Chepa adalah kerana pernah memiliki dua tokoh hebat iaitu Nik Abdul Aziz dan Allahyarham Nik Abdullah Arsyad.



“Kedua-kedua tokoh ini saling berganding bahu membina PAS Pengkalan Chepa semenjak berzaman.

“Jika mana-mana legasi tokoh ini membuang legasi tokoh yang kedua, PAS Pengkalan Chepa akan patah sayap, akan berlaku pertembungan dan akan berlaku kelemahan.

“Tidak boleh mana-mana legasi mendabik dada (mengatakan) PAS Pengkalan Chepa hak legasi mereka sahaja. Pertembungan di antara dua legasi tokoh ini perlu dijaga,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Nik Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Nik Lah di kalangan penduduk Kelantan merupakan bekas ahli parlimen Pengkalan Chepa dan salah seorang ulama terkemuka dalam PAS.



Allahyarham juga ialah bapa kepada Mohd Amar Abdullah, yang sekarang merupakan timbalan menteri Besar Kelantan dan naib presiden PAS.

Allahyarham Nik Aziz pula ialah bekas Menteri Besar Kelantan selama lebih 20 tahun dan juga pernah menjadi ahli parlimen Pengkalan Chepa.

Bekas mursyidul am PAS itu juga ialah bapa kepada Nik Mohammad Abduh, yang pernah menjadi ahli parlimen Bachok dan ahli parlimen Pasir Mas.

Baru-baru ini Nik Abduh dikhabarkan akan dinamakan sebagai calon di DUN Chempaka selepas dua penggal menjadi ahli parlimen dan tidak dicalonkan pada PRU ke-15 lalu.



DUN Chempaka ialah salah satu DUN yang terletak di bawah parlimen Pengkalan Chepa.

Bagaimanapun ketika majlis pengumuman calon PN di Kota Bharu, nama Nik Abduh tiada dalam senarai calon di DUN berkenaan.

Malah penyandang DUN tersebut, Fathan Mahmood, juga tidak dicalonkan semula.

Sebaliknya PAS menggantikan Fathan dengan muka baru yang juga seorang peguam, Nik Baharum Nik Abdullah.



Susulan keputusan itu, adik kepada Nik Aziz, Nik Din Nik Mat mendakwa Mohd Amar merupakan dalang di sebalik ketiadaan nama Nik Abduh sebagai calon di DUN Chempaka.

Sedangkan katanya, dia sendiri bertemu dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Rusila pada 23 Jun lalu dan diberi jaminan bahawa Nik Abduh akan dicalonkan.

Dalam rakaman video yang tular, Nik Din juga meminta pengundi supaya menolak Mohd Amar dalam PRN akan datang.

Malaysiakini kemudian melaporkan kenyataan Fathan yang menegaskan perjuangan PAS bukan warisan keluarga atau keturunan sesiapa.



Walaupun tidak menyebut sebarang nama, Fathan dipercayai merujuk kepada kenyataan tular dikeluarkan Nik Din.

“Legasi dalam parti ini adalah legasi perjuangan, sesiapa nak duduk dalam perjuangan ini nak jadikan legasi adalah legasi perjuangan bukan legasi siapa keturunan,” katanya.

Mengulas lanjut, Muhammad Faddzilul berkata dakwaan bahawa legasi dalam PAS adalah ‘legasi perjuangan semata-mata’ adalah tidak tepat.

Ini kerana katanya PAS Pengkalan Chepa dibina oleh Allhahyarham Nik Aziz dan Allahyarham Nik Lah sejak zaman berzaman.



“Krisis yang berlaku di Pengkalan Chepa tidak akan selesai jika kedua-dua legasi tokoh ini tidak digabungkan untuk membina PAS Pengkalan Chepa.

“Apapun suara yang menjerit mengatakan legasi tokoh ini adalah perjuangan sahaja tidak tepat kerana kedua-dua tokoh ini meninggalkan legasi anak sebagai pemimpin.

“Legasi keluarga juga perlu diraikan,” kata sepupu kepada Nik Abduh itu. Mk

PAS Pengkalan Chepa akan patah sayap jika buang legasi Nik Aziz

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai

Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal

Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah

Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker