Pembalakan bagus untuk harimau – Jabatan Perhutanan Kelantan
Pembalakan bagus untuk harimau – Jabatan Perhutanan Kelantan
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan Abdul Khalim Abu Samah berkata aktiviti pembalakan sebenarnya “bagus untuk populasi harimau”.
Menurutnya, kesan pembalakan akan menyebabkan tumbuhnya tumbuhan baru yang menggalakkan kehadiran spesis haiwan yang menjadi makanan kepada harimau.
“Berdasarkan fakta kajian oleh pakar, kawasan-kawasan selepas pembalakan sebenarnya bagus untuk populasi harimau.
“Populasi harimau akan lebih tinggi, apabila berlaku pembalakan kawasan itu akan ditumbuhi anak pokok. Jadi kawasan itu akan dihadiri haiwan seperti kancil yang menjadi makanan harimau. Ia akan memudahkan harimau memburu mangsanya.
“Tetapi dalam hutan simpan, susah untuk harimau tangkap (mangsa),” katanya pada sidang media ketika operasi bersepadu pencerobohan Hutan Simpan Relai, di Gua Musang, hari ini.
Abdul Khalim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan aktiviti pembalakan yang berleluasa boleh menyebabkan kepupusan harimau.
Mengulas lanjut mengenai aktiviti pembalakan, Abdul Khalim berkata, pihaknya sentiasa patuh dengan catuan tebangan tahunan (CTT).
Malah jelasnya lagi, aktiviti pembalakan hanya berlaku di kawasan hutan simpan pengeluaran.
“Kita di Kelantan sentiasa patuh mematuhi CTT yang ditentukan oleh Majlis Tanah Negara (MTN). Kita tidak melebihi catuan tebangan yang dibenarkan membabitkan keluasan 3,900 hektar setahun seperti dilaporkan dalam Rancangan Malaysia ke-12.
“Malah, pembalakan hanya dilakukan di hutan simpan pengeluaran, bukannya hutan simpan perlindungan,” tambah Abdul Khalim. Mk
Pembalakan bagus untuk harimau – Jabatan Perhutanan Kelantan
Baca Artikel Menarik :
- Najib saman Adam Mukhriz dan Amin Ahmad
- Bas lelong jadi rumah Nur Amira
- Selepas suami disiasat PDRM, Zeti pula disiasat SPRM?
- MB Perak dipuji Ketua Pembangkang
- 7 lokasi Mee Bandung Muar paling sedap sekitar Johor
- Uyaina kena kecam pakai tanduk (Video)
- GV8: Netizen harap Nikki juara, bukan Aliff Aziz
- Bila PAS sama PAS berperang
- Vicha akhirnya tayang suami tercinta
- Ibu tikam bapa hingga mati disaksi 2 anak
- PRNJohor: Tak yakin dengan parti sendiri ke?
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]
Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya
You must be logged in to post a comment.