Peguam mangsa rogol pertahan kenyataan berkait ADUN Gombak Setia

Peguam mangsa rogol pertahan kenyataan berkait ADUN Gombak Setia

Peguam Asheeq Ali Sethi Alivi yang mewakili seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa rogol mempertahankan kenyataannya yang mengaitkan ADUN Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham, dengan kes anak guamnya.

Asheeq dalam pernyataan pembelaan yang dikemukakan kepada Mahkamah Sesyen hari ini berhujah beliau membuat kenyataan itu selaku peguam yang membela seorang pengadu.

“Defendan (Asheeq) mempunyai kewajipan undang-undang untuk membuat kenyataan tersebut bagi menuntut keadilan buat anak guam defendan dan membela anak guam defendan,” katanya dalam pernyataan yang dilihat FMT.

Asheeq berkata kenyataan yang dibuat pada sidang media 11 Ogos 2021 itu berkaitan laporan polis yang dibuat oleh mangsa pada 5 Dis 2020, yang memohon siasatan ke atas kejadian rogol yang didakwa berlaku pada hari yang sama.

“Sehingga tarikh sidang media tersebut dibuat, iaitu selama lapan bulan dari tarikh laporan polis pertama, tidak ada sebarang pertuduhan yang dibuat di mahkamah,” katanya.

Seorang lelaki, Mohd Zulfahimin Mahdzir, dituduh atas jenayah itu di Mahkamah Sesyen pada 3 Sept 2021.

Hilman, seorang wakil rakyat Bersatu, memfailkan saman fitnah terhadap Asheeq bulan lepas, kerana mengaitkan beliau dengan kes itu.

Beliau mendakwa Asheeq berniat jahat apabila membuat kenyataan itu kerana cuba merosakkan nama baiknya. Hilman menuntut ganti rugi dan permohonan maaf daripada Asheeq.

Asheeq dalam pernyataannya turut menceritakan kronologi kejadian dalam peristiwa itu.

“Kenyataan tersebut dibuat susulan kegagalan pihak polis untuk membuat pertuduhan di mahkamah terhadap pesalah laku yang merogol anak guam defendan walaupun laporan polis telah dibuat,” katanya. FMT

Peguam mangsa rogol pertahan kenyataan berkait ADUN Gombak Setia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Tiada sekatan pulang beraya tahun ini – PM

Menakjubkan! Pramugari Berdiri Di Mercu Burj Khalifa, ‘Ditemani’ Pesawat Emirates A380! [VIDEO]

Menteri UK hilang jawatan sebab keIslamannya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker