Kebanyakan penyu dijumpai mati di Terengganu termakan plastik

Kebanyakan penyu dijumpai mati di Terengganu termakan plastik

DALAM masa tiga minggu ini, sekurang-kurangnya 11 ekor penyu telah ditemukan mati terdampar di pantai atau terapung di perairan Terengganu bulan ini atas pelbagai sebab dengan kebanyakannya akibat termakan plastik.

Terbaharu seekor bangkai penyu ditemukan orang ramai terdampar di Pantai Kelulut, Marang hari ini, selepas seekor penyu juga ditemukan mati terapung di perairan Pulau Kapas.



Pada 14 Januari lepas, seekor anak penyu Agar ditemukan mati dipercayai akibat termakan plastik di Pantai Pulau Kerengga dekat Marang.

Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Ruzaidi Mamat berkata, penyu betina seberat 60 kilogram sepanjang hampir satu meter dengan lebar hampir 0.60 meter yang mati hari ini ditemukan orang awam kira-kira 10.30 pagi tadi.

Menurutnya, penyu agar yang dipercayai berusia antara 18 hingga 20 tahun itu juga dipercayai mati akibat tertelan plastik.

“Hasil pemeriksaan dijalankan kakitangan Cawangan Taman Laut, Pengurusan dan Perlindungan Sumber Negeri Terengganu menjumpai gumpalan plastik dalam mulut penyu itu.



“Tiada sebarang kecederaan yang jelas pada pada bangkai penyu itu dan berdasarkan keadaannya yang hampir reput dan berbau, kita percaya penyu itu sudah mati beberapa hari di laut sebelum bangkainya dihanyutkan ke pantai.

“Dengan kematian terbaharu ini, sebanyak 11 kes direkodkan dengan kejadian pertama pada 3 Januari lalu,” katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.

Ruzaidi berkata, pengunjung pantai peranginan dan nelayan dinasihatkan tidak membuang plastik kerana ia menjadi punca utama kematian penyu.

“Pembuangan plastik ke dalam laut akan membuatkan sampah itu timbul dan menyerupai obor-obor yang menjadi makanan penyu.



“Kita turut mengadakan kempen ‘Save Our Sea’ bagi memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak membuang sampah ke laut.

“Mereka perlu membawa sampah balik ke darat untuk dibuang atau dilupuskan di tempat yang sepatutnya demi memastikan kelestarian sumber marin,” katanya.

Sebelum ini, seekor penyu agar betina seberat 50 kilogram ditemui di pantai sama disebabkan faktor sama pada 12 Januari lalu.

Untuk rekod, sebanyak 51 kes kematian membabitkan hidupan marin itu yang direkodkan di seluruh Terengganu sepanjang tahun lalu. Utv



Kebanyakan penyu dijumpai mati di Terengganu termakan plastik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai



Nora Danish dituduh lakukan syirik

Berarak macam ‘lembu bodoh’ Menyusahkan orang lain – Diva AA



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker