Zii Jia, Kembalilah Ke Pangkal Jalan, Segalanya Belum Terlambat – Misbun Sidek

Zii Jia, Kembalilah Ke Pangkal Jalan, Segalanya Belum Terlambat – Misbun Sidek

BEKAS jurulatih Lee Zii Jia, Datuk Misbun Sidek, bingung dengan tindakan pemain perseorangan itu namun mengharapkan ada penutup yang baik agar tidak memberi kesan yang buruk buat badminton negara.

Ia susulan tindakan Zii Jia yang meletak jawatan baru-baru ini, diikuti keputusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menggantungnya selama dua tahun daripada sebarang pertandingan antarabangsa.

“Segalanya masih belum terlambat kerana ia merupakan salah satu tindakan daripada BAM.

“Mereka ada hak kerana telah memberikan kebajikan kepada pemain sejak muda dan tiba-tiba anda mengambil langkah untuk keluar daripada persatuan dan tindakan tersebut adalah melanggar akta yang telah ditetapkan.

“Saya berharap dia dapat memikirkannya semula dan jika mahu menjadi seorang pemain yang hebat, dia harus kembali ke pangkal jalan.”

Misbun yang kini memegang kerusi Pengarah Pembangunan Remaja ditemui ketika sesi pencarian bakat BAM di Bukit Kiara.

Sesi pemilihan itu bertujuan mencari pemain bawah 14 dan 16 tahun, dan melibatkan 84 orang pemain dari seluruh negeri.

Hanya 16 tempat sahaja ditawarkan untuk diserap ke dalam Akademi Badminton Malaysia (ABM).

Isu penggantungan Zii Jia oleh BAM meraih perhatian barisan pemain ternama antarabangsa seperti Anders Antonsen, Lauren Smith, Chirag Shitty, serta bekas-bekas pemain negara.

Bukan hanya mereka yang bersuara, malah peminat sukan badminton tanah air turut meluahkan rasa tidak puas hati atas hukuman yang dikenakan kepada Zii Jia.-AA

Zii Jia, Kembalilah Ke Pangkal Jalan, Segalanya Belum Terlambat – Misbun Sidek

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai

Nora Danish dituduh lakukan syirik

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker