Kalau Alasan Tekanan, Kita Boleh Lupakan Zii Jia – Pekan Ramli
Kalau Alasan Tekanan, Kita Boleh Lupakan Zii Jia – Pekan Ramli
Apapun sentimen atau dosa besar yang dilakukan oleh pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu memikirkan harapan seluruh rakyat Malaysia untuk Olimpik Paris 2024 nanti.
Misi emas Olimpik 2024 perlu diberi keutamaan kerana badminton masih lagi menjadi prospek utama negara di temasya terbesar itu.
Menurut pemerhati sukan tempatan, Dr Pekan Ramli, isu membabitkan Zii Jia dan BAM itu boleh dianggap sebagai satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku.
Ini kerana ia memberi implikasi yang besar kepada sukan negara kerana pemain di ranking nombor tujuh dunia itu masih lagi menjadi sandaran utama di Olimpik nanti.
Namun selepas BAM memutuskan menjatuhkan hukuman penggantungan kepada Zii Jia selama dua tahun, ia sekali gus memberi isyarat bahawa pemain dari Kedah itu sudah boleh melupakan saingan Olimpik kecuali dia membuat rayuan.
“Saya tak pasti kenapa Zii Jia ambil keputusan untuk tinggalkan BAM. Saya tak percaya tekanan yang tinggi yang diberikan sebab utama dia minta keluar dari BAM.
“Kalau macam itu alasannya, kita boleh lupakan dia. Sebab dia takkan boleh jadi juara dan tidak akan boleh memang emas pun.
“Untuk bergelar juara, seseorang atlet itu perlu hadapi pelbagai jenis tekanan walau datang dari sesiapapun.
“Dia kena hadapi tekanan itu. Ini belumpun jadi juara dunia atau Olimpik, dia dah kata dia tak boleh hadapi tekanan, jadi kita pun elok lupakan saja dia,” katanya.
Namun jika duit menjadi alasan, Zii Jia seharusnya membuang sikap tamak itu kerana bimbang ia akan merugikan masa depannya.
“Berjaya dulu, duit akan datang kemudian. Kalau sifat tamak itu ada dalam diri dia, kita minta dia fikirkan semula.
“Ini kerana sifat itu boleh merugikan Malaysia dan juga dirinya. Kita bimbang dia mungkin akan terlepas semua kerana itu,” katanya.-HM
Kalau Alasan Tekanan, Kita Boleh Lupakan Zii Jia – Pekan Ramli
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Lori kontena rempuh puluhan kenderaan, 5 maut (Video)
- Tampal jalan berlubang dengan baju bundle, mana YB? -netizen
- Selepas suami disiasat PDRM, Zeti pula disiasat SPRM?
- Tengku Zafrul letak jawatan jika pengeluaran ‘one-off’ KWSP dibenarkan
- Shame on you BAM, netizens react over Zii Jia’s 2 years ban
- Malaysia mungkin tenggelam?
- Nynaa Harizal Cerita Sebenar Kenapa Pilih Suami
- Jasmine Suraya Potong Rambut & Naikkan Berat Badan
- Pencuri Tabung Masjid Dikafankan AJK Masjid (Video)
- Suami Ajak Rakan ‘Ratah’ & Bogelkan Isteri Tengah Baring Atas Katil
- Takiyuddin kena belajar buang ego orang besar – Nik Abduh
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kronologi Kes Perceraian Shila Amzah & Suami Yang Mengejutkan Orang Ramai