Zeti dan Nor Mohamed Yakcop mula disiasat?

PETALING JAYA: Siasatan terhadap suami bekas Gabenor Bank Negara (BNM), Tawfiq Ayman berhubung dakwaan menerima dana berkaitan 1MDB dipercayai sudah dilengkapkan dengan cadangan pertuduhan dan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.

Siasatan dimulakan polis lebih menumpukan berhubung penerimaan wang ke dalam akaun milik Tawfiq di Singapura yang diperoleh hasil dari terbitan RM5 bilion oleh AmBank pada tahun 2009, menurut laporan Utusan Malaysia yang memetik sumber.

Kata sumber itu, siasatan dijalankan polis adalah prosedur sama bagi individu lain yang telah dituduh hasil penerimaan wang daripada aktiviti haram.

Bagaimanapun, kata sumber itu, satu siasatan lain turut dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah laku membabitkan Zeti Akhtar Aziz dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nor Mohamed Yakcop.

“Siasatan telah pun dilakukan SPRM selepas suruhanjaya itu menerima aduan daripada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mendesak agar siasatan dilakukan terhadap Zeti dan Nor Mohamed pada 22 Dis lalu.

“Aduan yang dibuat kepada SPRM adalah mengenai pendedahan pihak berkuasa Singapura yang telah memberitahu BNM pada tahun 2015 dan 2016 mengenai transaksi yang mencurigakan oleh sebuah syarikat mempunyai kaitan dengan Tawfiq dan ketika itu, Zeti masih menjadi Gabenor Bank Negara.

“Dakwaan itu dikuatkan lagi, apabila SPRM mengesahkan kerajaan Singapura telah membantu dalam pemulangan aset dikaitkan dengan 1MDB sebanyak RM65 juta (USD15.4) kepada Malaysia melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd dikaitkan dengan Tawfiq dan bekas pegawai kanan firma NTUC, Samuel Goh Sze-W,” kata sumber itu.

Dalam pada itu, kata sumber lagi, siasatan membabitkan dakwaan berkenaan masih bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram 2001.

Zeti dan Nor Mohamed Yakcop mula disiasat?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker