“Tolong Jauhkan Anak Daripada Air Gula Bergas”, 5 Sebab Kena Elakkan – Doktor

“Tolong Jauhkan Anak Daripada Air Gula Bergas”, 5 Sebab Kena Elakkan – Doktor

ADA baiknya ibu ayah mempunyai kesedaran dalam pemilihan makanan dan minuman yang sihat untuk diberikan kepada anak-anak.

Ini penting dengan tujuan untuk memastikan kesihatan anak berada di tahap yang baik.



Ini kerana sebagai sedia maklum, melalui pemakanan yang diambil setiap hari boleh menjadi cerminan atau kayu pengukur kepada tahap kesihatan seseorang itu.
Bahkan menurut Dr Mazliana Mazlan, ada makanan atau minuman yang perlu dielakkan seperti sebagai contohnya minuman bergas.

Ujarnya tidak ada baiknya seseorang itu minum air bergas meskipun dilabel sebagai ‘pilihan lebih sihat’ dan dia sangat-sangat merayu agar ibu ayah prihatin tentang itu.

“Tolong jauhkan anak-anak kita daripada air gula bergas macam ini.

“Tak ada yang baik pun, walau ia berlabel ‘pilihan lebih sihat’.

“Yang banyak, hanyalah gula. Walaupun ditulis zero kalori tanpa gula, dan diganti dengan pemanis tiruan, tetap ianya bukan untuk kita jadikan sebagai minuman anak-anak.

“Gula ini, ketagih dia lebih teruk daripada ambil dadah kokain. Anak akan tidak suka pada rasa tawar dan kurang manis, jika lidah mereka sudah terlalu biasa dengan makan minum manis.

“Anak akan mudah nak tolak nasi, tak nak makan buah, tak pandang langsung sayur. Sebab deria rasa mereka hanya suka yang manis-manis sahaja.



“Sebab itu kita kena elakkan ajar anak makan yang manis-manis sangat, terutama di awal usia anak kenal makanan. Biar anak kenal manis daripada buah, sayur dan makanan segar sahaja.

5 sebab kena elakkan anak-anak daripada air bergas tinggi gula, tinggi pemanis, tinggi pewarna dan perasa tiruan.

  1. Tambah berat badan anak, jadikan anak di tahap obesiti.
  2. Anak tidak dapat menikmati rasa manis asli daripada makanan manis semulajadi contohnya buah-buahan.
  3. Asid fosforik daripada air bergas hakiskan kalsium daripada tulang, yang akan buatkan tulang anak tidak kuat dan mudah patah.
  4. Aspartame, pemanis tiruan yang banyak digunakan, beri kesan neurotoxin dan boleh rosakkan otak anak-anak.
  5. Pewarna tiruan, contohnya pewarna karamel, sebagai salah satu bahan yang bersifat karsinogen, membawa kepada risiko kanser.

“Sama-sama kita cuba ya, supaya anak tidak pandang langsung air macam ini. Kalau mereka sudah mula minum, sampai ke hujung usia pun mereka akan cari.



“Janganlah terpedaya walaupun ditulis label ada ekstrak stevia.”-Keluarga

Sumber : Mazliana Mazlan

“Tolong Jauhkan Anak Daripada Air Gula Bergas”, 5 Sebab Kena Elakkan – Doktor

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:



MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Saya tak dapat dedahkan siapa individu itu – Suki Low

Nabila Huda terkejut kena saman

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker