Rakan taja majlis resepsi Heliza dan Mahadi

Rakan taja majlis resepsi Heliza dan Mahadi

Muat naik ahli perniagaan, Datuk Seri Mahadi yang merupakan suami kepada aktivis dan selebriti terkenal Heliza Helmi tarik perhatian orang ramai di akaun Instagram nya.

Menerusi perkongsian suami Heliza di Instagram, ahli perniagaan ini meluahkan rasa terkejut menerima majlis resepsi sebagai hadiah perkahwinan buat dirinya dan isteri.

Mahadi menjelaskan rakan baiknya Mohamed Aswan yang berpangkat Dato’ menganjurkan majlis resepsi di The Light Hotel, Penang untuk dirinya dan Heliza sebagai hadiah perkahwinan.

Malah rakan baik isterinya, Mila Jirin juga memberi hadiah yang serupa dan bakal menganjurkan majlis resepsi bersama Bizmillah Wedding Centre pada hari Sabtu ini 22 Januari 2022.

“MasyaAllah tabarakAllah.. 2 minggu lalu bila sahabat syaa Dato’ @d1.aswan cakap dia nak beri hadiah perkahwinan, ingatkan nak bagi apa ka ghupanya nak hadiahkan ‘Majlis Resepsi’ untuk kami di The Light Hotel, Penang.. Terkezut juga dengan cara orang beri hadiah ni.

Apa pun Jazakumullah Khayran Katsiran untuk sahabat saya ni, semoga Allah mengembalikan rezeki padanya dengan lebih lagi. Asbab majlis boleh menyantuni keluarga-keluarga, guru-guru dan sahabat-sahabat juga menyantuni anak yatim bersama-sama dalam majlis di sekitar utagha..

Wifey pun dapat hadiah dari @mila_jirin hari Sabtu ni berupa ‘Majlis Resepsi’ juga di Grand @bizmilla_wedding_centre .. MasyaAllah..

Doakan kami dan kami semua supaya sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah sentiasa, may Allah grant us Jannatul Firdaus InsyaAllah..” Tulisnya

Bertuah Datuk Seri Mahadi dan Heliza dapat hadiah kahwin macam ni kan, bak kata orang rezeki pengantin baru! Mr

Rakan taja majlis resepsi Heliza dan Mahadi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Saya tak dapat dedahkan siapa individu itu – Suki Low

Nabila Huda terkejut kena saman

Zarina Anjoulie Dedah Pendapatannya Sebagai ‘Influencer’ Lebih Lumayan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker