MPKj Turun Papan Tanda Jawi 'Terbalik' Setelah Teruk Dikecam Netizen — MYKMU.NET

MPKj Turun Papan Tanda Jawi ‘Terbalik’ Setelah Teruk Dikecam Netizen



MPKj Turun Papan Tanda Jawi ‘Terbalik’ Setelah Teruk Dikecam Netizen

Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) bertindak menurunkan papan tanda memaparkan tulisan Jawi ‘terbalik’ yang dipasang di beberapa kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu selepas teruk dikecam banyak pihak.

Dalam masa sama, MPKj merakam penghargaan kepada penduduk yang membuat aduan berhubung perkara itu di laman Facebook rasmi PBT itu, pada Jumaat selepas menurunkan papan tanda berkenaan.

“Pihak MPKj telah mengambil tindakan berkaitan gambar papan tanda yang tular dan telah menanggalkan semula papan tanda tersebut.

“Terima kasih kepada penduduk yang telah membuat aduan,” katanya di Facebook rasmi MPKj selepas kesalahan itu mendapat banyak perhatian serta kecaman netizen di media sosial.

MPKj turut memuat naik dua keping gambar menunjukkan papan tanda yang memaparkan tulisan Jawi ‘terbalik’ itu telah ditanggalkan dari tiang berkenaan.




Berdasarkan gambar tular, papan tanda Jalan Dana Permai, Semenyih di bawah pentadbiran PBT itu ditulis dari kiri ke kanan daripada yang sepatutnya iaitu dari kanan ke kiri, sekali gus mengelirukan orang ramai.

MPKj turut berkongsikan tangkap layar seorang pengguna Twitter bernama Mohammad Faeez Harith yang berkongsi kesilapan pada papan tanda tersebut.

Malah MPKj turut memuatnaik tangkap layar Pengasas Ikatan Silaturahim Brotherhood, Azlan Sani Zawawi atau Lando Zawawi yang mengulas isu sama.

“Ni la akibat bagi ‘job’ kat kekawan betui tak,” catat Londo dengan mengakhiri komen dengan tanda pagar #MajlisPerbandaranKajang?-SH

MPKj Turun Papan Tanda Jawi ‘Terbalik’ Setelah Teruk Dikecam Netizen

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:




MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Saya tak dapat dedahkan siapa individu itu – Suki Low

Nabila Huda terkejut kena saman



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: