MOF maklumkan 97 peratus telah terima bantuan banjir

Setakat 19 Januari 2022, 97 peratus mangsa banjir gelombang pertama dikenal pasti sudah menerima Bantuan Wang Ihsan*, yang merupakan sebahagian daripada* Pakej Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bernilai hampir RM2 bilion.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz berkata, data terkini itu mengenepikan dakwaan kerajaan lewat menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir dengan norma kebiasaan tempoh penyaluran bantuan bencana kepada mangsa terlibat sebelum ini memakan masa tiga hingga enam bulan.

Jelas beliau, kerajaan telah menyediakan bantuan tunai secara menyeluruh sehingga RM10,000 merangkumi pelbagai aspek iaitu bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000; bantuan pembelian barangan keperluan asas RM2,500; bantuan kenderaan RM1,000; rebat barangan elektrik RM500 dan bantuan baik pulih rumah mangsa banjir RM5,000. Bagi rumah yang musnah akibat banjir, Kerajaan akan menyediakan rumah baru pada kos sehingga RM56,000.



Berikutan itu, Tengku Zafrul menjelaskan mana-mana mangsa banjir yang belum menerima sebarang peruntukan Bantuan Banjir Keluarga Malaysia berkemungkinan berdepan masalah permohonan tidak lengkap. Hal ini berbangkit kerana sebahagian besar mangsa banjir tidak berpindah ke PPS dan dengan itu, semakan perlu dibuat di peringkat Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) di kawasan masing-masing terlebih dahulu.

No Image Caption

 

“Buat pertama kalinya, dalam tempoh sebulan selepas peristiwa banjir besar, kerajaan sudah menyalurkan peruntukan tambahan RM300 juta untuk bantuan kepada mangsa banjir.

“Dahulu kebiasaannya tempoh mangsa bencana menerima bantuan kerajaan adalah antara tiga hingga enam bulan. Namun dengan langkah proaktif diambil kerajaan sekarang setakat 19 Januari ini, 97 peratus Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir gelombang pertama yang melibatkan 75,000 keluarga sudah menerima bantuan wang ihsan.



“Bagi isi rumah yang belum menerima bantuan banjir, permohonan mereka perlu dirujuk kepada PKOB kawasan masing-masing memandangkan punca kelewatan mungkin disebabkan permohonan tidak lengkap,” katanya dalam satu wawancara eksklusif kepada Sinar Premium pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul turut mendedahkan skim pinjaman mudah tanpa faedah kepada mangsa banjir sehingga RM10,000 yang ditawarkan kerajaan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) juga mendapat sambutan menggalakkan.

“Hal ini kerana BSN sudah meluluskan pembiayaan pinjaman bernilai RM189 juta kepada setiap pemohon yang layak dalam tempoh sebulan ia diperkenalkan, sekali gus membuktikan proses permohonannya tidak ketat”, ujarnya.

“Memandangkan permohonan daripada mangsa banjir amat menggalakkan, kerajaan terpaksa menaikkan peruntukan pinjaman mudah berkenaan daripada RM100 juta hingga RM200 juta.



“Dengan BSN memberi jaminan kelulusan pantas dalam tempoh lima hari, tiada sebab untuk mana-mana pihak mendakwa syarat permohonan pinjaman mudah BSN adalah ketat dan menyusahkan,” katanya.

MOF maklumkan 97 peratus telah terima bantuan banjir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Saya tak dapat dedahkan siapa individu itu – Suki Low

Nabila Huda terkejut kena saman



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker