Lee Zii Jia berkabung?



KUALA LUMPUR: Adakah Lee Zii Jia sedang berkabung?

Itu yang menjadi tanda tanya selepas pemain perseorangan lelaki negara itu menukar gambar profil pada akaun Facebook dan Instagram miliknya kepada warna hitam sebentar tadi.

Walaupun hanya pemain berusia 23 tahun itu tahu maknanya, warna hitam sering dikaitkan dengan suasana suram, berkabung ataupun kematian.

Terdahulu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk tidak mendaftarkan dia menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa berkuatkuasa 18 Januari.

BAM sekat Lee Zii Jia, tiada sebarang kejohanan selama 2 tahun

Ia susulan keputusan juara Seluruh England 2021 itu yang mahu meninggalkan BAM menerusi surat peletakan jawatan yang dihantarnya pada 11 Januari lalu.




Setakat jam 6.30 petang tadi, gambar profil yang ditukar Zii Jia itu sudah meraih 12,800 tanda suka, 200 komen dan dikongsi 601 pengikutnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan kata-kata semangat buat Zii Jia susulan tindakan yang diambil oleh BAM.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Zii Jia main wayang?



Leave a Reply

Your email address will not be published.