Aksi curang pasangan dirakam CCTV

JAKARTA – Netizen di media sosial Indonesia kecoh berhubung perbuatan curang melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita pertengahan usia yang dirakam oleh sistem televisyen litar tertutup (CCTV) jirannya, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Rakaman video tersebut dimuat naik ke akaun Instagram bernama @andreli_48.

Menerusi klip video yang dikongsikan, kelihatan seorang lelaki sedang berdiri di kawasan sebuah kedai yang sudah ditutup.



Lelaki yang memakai baju putih berkolar itu dilihat sedang menunggu seseorang di pintu kedai.

Kemudian, seorang wanita bertudung labuh dirakam menghampiri lelaki berkenaan.

Lelaki itu dilihat menyambutnya dengan berpeluk mesra dalam klip video itu yang berdurasi sekitar satu minit.

Kecurangan mereka  telah disaksikan oleh 11 ribu pasang mata pengguna laman Instagram yang menghujani keduanya ruangan komen dengan pelbagai pendapat.



“Sudah tua, malu saya melihatnya,’’ tulis seorang netizen. – Agensi

Aksi curang pasangan dirakam CCTV


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Zii Jia main wayang?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker