Beri RFID secara percuma – Razlan
Beri RFID secara percuma – Razlan
SYARIKAT Touch ‘n Go perlu meneruskan pemberian pelekat Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) kepada orang ramai dan bukannya hanya memikirkan soal keuntungan semata-mata.
Cadangan itu dikemukakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd. Razlan Muhamad Rafii selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan pengguna jalan raya mesti diberi pilihan untuk pembayaran tol sama ada mahu menggunakan RFID, Touch ‘n Go atau SmartTAG.
Menurut Mohd. Razlan, syarikat TnG telah diberikan hak perniagaan perkhidmatan pembayaran dan boleh dikatakan tidak mempunyai sebarang pesaing lain.
“Kempen selama dua tahun dijadikan alasan untuk syarikat Touch ‘n GO mengenakan caj RM35.00 bagi setiap pelekat RFID sedangkan mereka boleh sahaja meneruskan kempen pemberian secara percuma.
“Sepatutnya pihak swasta tidak boleh membebani rakyat dengan memaksa mereka berpindah ke sistem RFID dengan tujuan mengaut keuntungan yang melampau,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd. Razlan berkata, syarikat Touch ‘n Go perlu mendapatkan data statistik penggunaan di setiap plaza tol PLUS Malaysia Berhad (PLUS) sebelum membuat keputusan untuk beralih sepenuhnya kepada penggunaan sistem RFID.
Katanya, peralihan untuk menggunakan sistem RFID boleh dilakukan sekiranya data menunjukkan pengguna SmartTAG adalah kurang daripada 10 peratus.
“Keputusan Perdana Menteri untuk meneruskan SmartTAG dan memberi pilihan kepada rakyat untuk memilih mana-mana sistem yang tersedia telah meredakan keadaan ketika ini.
“Dasar Perdana Menteri yang mementingkan keluarga Malaysia dan tidak berpihak kepada kapitalis melampau telah membuktikan bahawa rakyat terus dibela,” katanya. Utv
Beri RFID secara percuma – Razlan
Baca Artikel Menarik :
- Wakil rakyat pembangkang ‘ghaib’ ketika bencana banjir – Ismail
- Menakjubkan! Seekor Rusa Melompat Sebelum ‘Terbang’ Tinggi Ke Udara [VIDEO]
- Unsur mistik dalam kehilangan Kamaliah?
- Khalid serah banglo, penthouse, kereta selepas isteri setuju poligami
- Orang utan bunuh manusia: Kenyataan Zuraida undang kecaman netizen
- Alfie Zumi dipukul kumpulan lelaki bermotosikal
- Poster man UMNO, awalkan PRU15
- Suria KLCC cat semula dekorasi Tahun Baharu Cina selepas dikecam
- Azhan Rani Ingat Detik Kemalangan, Puncanya 2 Remaja Naik Motor Kapcai Tengah Bersembang
- Teguran Nik Abduh dibidas Sanusi
- Angkara Pagar Rumah Rupanya Mengundang Sengsara
Layari Laman Facebook MYKMU</a
Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman
You must be logged in to post a comment.