Dihanyutkan tsunami 6 meter, lelaki OKU berenang 27 jam ‘selamatkan diri’



Dihanyutkan tsunami 6 meter, lelaki OKU berenang 27 jam ‘selamatkan diri’

SEORANG lelaki orang kurang upaya (OKU) berenang selama 27 jam sejauh 12.8 kilometer dalam usahanya kembali semula ke tanah besar Tonga selepas kediamannya di sebuah pulau di negara Pasifik itu dilanda tsunami, Sabtu lalu.

Berikutan tsunami kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan itu, Lisala Folau, 57, seorang pesara tukang kayu dari Pulau Atata dihanyutkan ke Pulau Toketoke yang tidak berpenghuni selepas berpaut pada sebatang pokok.

Bagaimanapun, anak lelaki dan anak saudaranya yang turut dihanyutkan tsunami setinggi enam meter itu masih hilang sehingga hari ini.

Terdampar dan keseorangan selepas terdampar di Pulau Toketoke pada pagi Ahad, Lisala mengambil masa selama 27 jam berenang untuk mendapatkan bantuan di tanah besar Tonga.




Dia mengharungi dua buah pulau tidak berpenghuni iaitu Pulau Polo’a dan Pulau Tongatapu sebelum meneruskan renangannya dan sampai di Sopu, tanah besar Tonga pada pukul 9 malam waktu tempatan.


Tangkap layar laluan ditempuh Lisala sebelum sampai ke tanah besar Tonga.

Lisala kemudiannya dibawa ke pusat pemindahan sementara dengan sebuah kereta yang menumpangkannya.

Mengulas mengenai tragedi itu, Lisala yang mengalami masalah pada kedua-dua belah kakinya hingga membuatkan dia berjalan perlahan seperti bayi nekad tidak mahu meminta pertolongan kerana tidak mahu membahayakan nyawa anak lelaki dan anak saudaranya.

Bercakap kepada radio Tonga, Broadcom FM tentang pengalamannya itu, Lisala berkata dia dimaklumkan tentang ancaman tsunami oleh adiknya.




Mereka sekeluarga kemudiannya bergegas ke luar rumah dan memanjat pokok untuk melarikan diri dari ombak.

Memikirkan bahaya telah berlalu, mereka sekeluarga turun ke bawah tetapi pulau itu kemudiannya dilanda gelombang kedua tsunami yang dianggarkan setinggi lebih enam meter.

Ombak itu kemudiannya menarik ketiga-tiga mereka ke laut. Namun agak malang sehingga hari ini anak lelaki dan anak saudaranya masih hilang.

Tonga dilanda tsunami Sabtu lalu selepas gunung berapi dasar laut di kepulauan itu meletus Sabtu lalu.

Ia mengakibatkan Tonga terputus hubungan dengan dunia luar hampir lima hari dan akses komunikasi belum berjaya dipulihkan sepenuhnya sehingga hari ini. Utv




Dihanyutkan tsunami 6 meter, lelaki OKU berenang 27 jam ‘selamatkan diri’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari



Leave a Reply

Your email address will not be published.