Saya panggil mesyuarat khas Parlimen isu banjir kerana permintaan pembangkang – PM



Saya panggil mesyuarat khas Parlimen isu banjir kerana permintaan pembangkang – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengeluarkan notis memanggil mesyuarat khas Parlimen hari ini kerana mendengar permintaan pembangkang supaya bagi membahaskan isu bencana banjir.

Prihatin dengan masalah dibangkitkan, beliau menulis notis kepada Speaker Dewan Rakyat supaya menetapkan hari ini sebagai tarikh sebagai persidangan.

“Kalau kita masih ingat sewaktu persidangan, kita tambah satu hari untuk membincangkan Akta 342 pindaan, ramai dalam kalangan ahli-ahli Parlimen minta supaya kita membincangkan isu banjir.

“Sebab itu, saya menulis surat kepada Speaker untuk memohon perbincangan satu hari suntuk mengenai isu banjir kerana banyak kekeliruan telah disebut dan pelbagai tuduhan dilemparkan.




“Cuma, saya tidak tuduh sesiapa pun di sebelah sana (pembangkang) walaupun ahli Parlimen (sepatutnya) terlibat dalam banjir tapi saya tak sebut sekali pun..tak pernah sebutkan (tuduh),” katanya ketika memulakan sesi penerangan mengenai bencana banjir pada Mesyuarat Khas keempat Penggal ke-14 Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian berikutan desakan beberapa ahli Parlimen pembangkang yang cuba mengalih perhatian supaya dalam mesyuarat khas itu juga turut dibahaskan skandal pemilikan saham oleh Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Katanya, pagi ini, beliau akan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku supaya rakyat faham.

Menurut beliau, persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2021/2022 berdasarkan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Jelasnya, berdasarkan arahan itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) pada setiap tahun akan merancang persediaan menghadapi musim MTL.




“Kali ini, saya sendiri mempengerusikan Mesyuarat JPBP pada 13 September 2021 yang dihadiri Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri, Setiausaha-Setiausaha Kerajaan Negeri, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) serta wakil-wakil agensi persekutuan dan juga negeri.

“Agenda utama mesyuarat ini adalah pembentangan mengenai kesiapsiagaan bagi menghadapi MTL 2021/2022.

“Mesyuarat juga bersetuju supaya peruntukan sebanyak RM9.5 juta daripada tabung Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (KWABBN) disediakan bagi kesiapsiagaan operasi MTL 2021/2022,” katanya.

Kata Ismail Sabri, agihan itu ialah RM100,000 kepada setiap agensi tindak balas iaitu ATM, PDRM, JBPM, KKM, JKM, APM dan RELA; RM20,000 bagi setiap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) di 14 Negeri; dan RM50,000 bagi setiap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD).

Beliau menjelaskan, lanjutan daripada mesyuarat itu juga, pada 5 Oktober lalu, NADMA telah mengaturkan sesi libat urus Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap pengurusan bencana negara bersama semua Setiausaha Kerajaan Negeri selaku Pengerusi JPBN.




Sesi itu, katanya, menekankan kepada keperluan kesiapsiagaan semua jentera pengurusan bencana di setiap peringkat untuk menghadapi MTL 2021/2022 dan itulah peranan yang telah dilaksanakan kerajaan Persekutuan sebagai mengingatkan Kerajaan Negeri untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan. MG

Saya panggil mesyuarat khas Parlimen isu banjir kerana permintaan pembangkang – PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari



Leave a Reply

Your email address will not be published.