Ariani lancar koleksi tudung Harry Potter

Ariani lancar koleksi tudung Harry Potter

Jenama fesyen tudung, Ariani melancarkan koleksi khas edisi terhad Harry PotterTM X Ariani melalui kerjasama bersama Warner Bros. Consumer Products sempena ulang tahun filem Harry Potter dan The Sorcerer’s Stone Ke-20.

Produk yang dikeluarkan adalah selendang, aksesori tudung, koleksi eksklusif serta turut menampilkan pelbagai jenis pakaian termasuk blaus, baju dan seluar panas, seluar jeans, palazo, abaya serta tunik.



Menariknya, semua rekaan itu berinspirasikan Wizarding World.

Pengarah Pemasaran Ariani, Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip, berkata koleksi istimewa itu menggabungkan simbol ikonik melalui filem Harry PotterTM, antaranya motif Hogwarts Castle yang digabung bersama motif ‘H’ Harry Potter melalui rona warna pastel yang menjadi pilihan penggemar tudung Ariani.

Katanya, cetakan unik corak ‘houndstooth’ juga digabung bersama-sama corak monogram bagi menghasilkan rekaan menarik dan istimewa untuk peminat siri filem itu.

“Koleksi khas Harry Potter X Ariani turut didatangkan dengan kotak istimewa bakal menjadi edisi pengumpul buat pembelinya.



“Antara aksesori dan koleksi eksklusif turut sama dilancarkan adalah cincin hijab, bekas minuman serta sarung komputer riba yang akan menjadi rebutan ramai khususnya peminat yang membesar dengan menonton rangkaian siri filem hebat itu,” katanya.


Bekas minuman dan sarung komputer riba. – Foto Ihsan Ariani

Pihaknya sedar ramai pelanggan meminati filem dan karakter Harry Potter dan peluang untuk berkolaborasi dengan jenama terkemuka itu menjadi kenangan mengujakan buat pihaknya.

“Koleksi ini juga menjadi antara koleksi istimewa ingin kami hadiahkan khas buat penyokong setia Ariani,” katanya.



Koleksi Harry PotterTM X Ariani dijual di butik Galeri Ariani & Ariani RTW yang terpilih serta melalui pembelian dalam talian dengan harga serendah RM79. BH

Ariani lancar koleksi tudung Harry Potter


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina



Cerai, hilang datuk dalam sehari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker