Twitter SPRM ulang kicau ciapan ‘Undur Azam’ dari Fahmi?



Twitter SPRM ulang kicau ciapan ‘Undur Azam’ dari Fahmi?

Di sebalik demonstrasi serahan memorandum oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini, lensa MG tertumpu kepada satu ciapan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Fahmi yang memuatnaik satu ciapan twitter di laman sosial itu dengan kapsyen ‘Undur Azam’ dilihat diulang ciap oleh akaun Twitter Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ulang ciap itu menarik perhatian warganet yang tidak percaya badan itu boleh berbuat demikian setelah satu kenyataan menyokong Azam dikeluarkan mereka pada 9 Januari lalu.

Badan itu berpendirian tohmahan dan serangan dibuat terhadap Azam bermotifkan politik dendam bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti SPRM.




Amirlala dalam ciapannya menulis: “SPRM retweet?” dengan banyak tanda soal.

Seorang pengguna Twitter, fauzimmm turut mempersoalkan tindakan itu.

“Kena hack ke?” soalnya.

Awal hari ini, gabungan 23 organisasi bertindak mengemukakan Memorandum Rakyat Desak Selamatkan SPRM di pintu hadapan Parlimen hari ini.

Mereka membuat lapan tuntutan termasuk menggantung serta-merta tugas Ketua Pesuruhjaya badan itu, Tan Sri Azam Baki.




Memorandum didakwa bertujuan menyelamatkan SPRM serta mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap usaha melawan rasuah itu dihantar kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia turut dihadiri beberapa ahli-ahli Parlimen pembangkang, antaranya Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu; Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Maszlee Malik (Simpang Renggam); Fahmi Fadzil (Lembah Pantai); Maria Chin Abdullah (PetalingJaya – PH); Teresa Kok (Seputeh-PH); Fuziah Salleh (Kuantan); Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena- Amanah) dan P. Prabakaran (Batu). MG

Twitter SPRM ulang kicau ciapan ‘Undur Azam’ dari Fahmi?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a





Nabila Huda bakal berdepan tindakan saman

Zul Ariffin buka mulut tentang hubungan dengan Sabrina

Cerai, hilang datuk dalam sehari



Leave a Reply

Your email address will not be published.