Engku Emran luah perasaan.. ‘Saya bukan nabi…’

PERCERAIAN kali ketiga ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin menjadi antara topik hangat di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Bahkan, ia turut mendapat perhatian sehingga ke negara seberang dan media di sana juga asyik membicarakan kes perceraian Engku Emran dan Noor Nabila Mohd Noor, Isnin lalu.

Meluahkan gelojak hati, Engku Emran berkongsi paparan skrin perbualan bersama dua kenalan rapat iaitu Ustaz Rosli dan Kekanda Uchop.



Dedah lelaki berusia 48 tahun itu, perceraian kali ketiga ini benar-benar menguji kesabarannya apabila banyak fitnah yang bertebaran terutama melibatkan ayah dan anak perempuannya, Engku Aleesya.

“Saya bukan nabi. Saya kesian pada ayah dan anak saya terpaksa mengadap cerita-cerita sampah macam ini.

“Saya sendiri boleh telan semua itu tapi kesian la keluarga dan sahabat-sahabat. Mereka pun mungkin terasa malu juga,” katanya.

Menerusi perbualan mesej itu, Ustaz Rosli menasihati Emran untuk menyibukkan diri dengan membaca al-Quran, berzikir, berdoa dan mengamalkan taalim di rumah.



Sementara Kekanda Uchop pula berpendapat tindakan mendiamkan diri lebih baik daripada berkata-kata.

Terdahulu, Engku Emran dan kakak Neelofa, Noor Nabila sah bercerai talak satu pada Isnin selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

Sebelum menikahi Noor Nabila, Engku Emran mendirikan rumah tangga dengan Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Mereka kemudiannya bercerai pada 18 Februari 2014.

Selepas tiga tahun menduda, Engku Emran berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017, tetapi perkahwinan itu hanya bertahan selama tiga tahun.



Sementara itu, Noor Nabila pernah berkahwin dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Sebelum menikahi Sharnaaz, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10

Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’



Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu

Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker