Ronaldo dedah usia bersara



Ronaldo dedah usia bersara

Bintang Manchester United dan Portugal, Cristiano Ronaldo mendedahkan usia yang mungkin menyaksikan persaraannya.

Ronaldo bakal berusia 37 tahun tetapi tidak menampakkan sebarang tanda kelesuan selepas meledak 14 gol dalam 12 penampilan untuk Red Devils musim ini.

Pemenang lima kali Ballon d’Or berkata dia berhasrat terus beraksi pada usia 40-an yang jarang dapat dilihat dalam saingan liga utama Eropah.

“Saya gembira menjadi pemain yang menunjukkan sesuatu, dalam kes saya ketahanan faktor penting untuk saya beraksi pada tahap tertinggi,” kata Ronaldo kepada ESPN.




“Secara genetiknya, saya rasa seperti berusia 30 tahun. Saya mengambil berat penjagaan tubuh dan minda. Sesuatu saya pelajari baru-baru ini ialah selepas berusia 33 tahun, saya percaya tubuh tidak menghampakan anda apabila perlukannya tetapi pertarungan sebenar ialah mental.

“Mengharungi banyak perkara dengan fokus menjaringkan gol pada peringkat tinggi adalah sukar dan itu yang saya lakukan sejak beberapa tahun lau.

“Saya lebih fokus bekerja dengan minda. Saya tahu tubuh akan mengawal saya kerana saya amat menghormati dan mendengarnya.

“Kehidupan perlukan detik penting sama ada baik atau buruk tetapi apabila anda jatuh, anda perlukan kekuatan untuk bangun. Saya gembira dan mahu kekal di sini dan tunggu apa akan berlaku.

“Saya teruja melihat sama ada dapat beraksi pada usia 40, 41, atau 42, tetapi paling penting sasaran harian saya ialah nikmati saat itu.” HM




Ronaldo dedah usia bersara


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa

Kos RIFD tak sampai RM1, kenapa jual RM35?, soal Najib



Leave a Reply

Your email address will not be published.