Bekas Ketua Hakim Negara ketuai RCI Tabung Haji



PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenan melantik enam ahli Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat isu-isu pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH) bermula 2014 sehingga 2020.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Sultan Abdullah berkenan melantik bekas Ketua Hakim Negara Mohamed Raus Sharif sebagai Pengerusi; bekas Ketua Setiausaha Negera, Samsudin Osman; Pengasas RHB Group, Abdul Rashid Hussain dan Mohd Munir Abdul Majid (bekas Pengerusi Bank Muamalat Malaysia Berhad).

Beliau berkata, turut dilantik ialah Asmadi Mohamed Naim yang juga Naib Canselor Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UNISHAMS) merangkap ahli Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan akauntan bertauliah/Timbalan Pengerusi Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Norsyahrin Hamidon.

“Mereka yang dilantik terdiri daripada tokoh yang berwibawa, mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang masing-masing, iaitu kehakiman, perkhidmatan awam, pentadbiran, ekonomi, kewangan, pelaburan, pasaran modal, perbankan, kewangan Islam dan perakaunan,” katanya.

Bekas Ketua Hakim Negara ketuai RCI Tabung Haji





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa



Leave a Reply

Your email address will not be published.