Isteri lelong suami kerana pergi memancing



MARTON, NEW ZEALAND – Seorang wanita bertindak melelong suami sendiri di sebuah platform jual beli tempatan kerana berang ditinggalkan menjaga dua anak sendirian, lapor akhbar Mirror UK, semalam.

John McAlister, dilelong di laman web Trade Me dengan keterangan yang diletakkan sebagai berketinggian 185.4 sentimeter, berusia 37 tahun dan seorang petani daging lembu.

Isterinya, Linda McAliser, yang memuat naik iklan tersebut berkata, John turut mempunyai beberapa orang bekas pemilik (isteri) namun dia seorang yang setia jika diberi makan dan minum yang mencukupi.

Menurut Linda, aktiviti memancing itu sebenarnya bukan sesuatu yang luar biasa kerana ia sering dilakukan oleh John sebelum ini.

Bagaimanapun, tindakan itu tidak boleh diterima ketika anak-anak mereka sedang bercuti, sekali gus membiarkan wanita itu menguruskan keluarga sendirian.




Sementara itu, John yang mendapat tahu mengenai iklan lelongan itu hanya mampu ketawa dan menganggap bahawa ia adalah sesuatu yang lucu.

Dia turut menasihatkan lelaki-lelaki lain agar menjaga anak-anak mereka ketika cuti sekolah dan jangan sesekali membiarkan anak serta isteri sendirian.

Iklan lelongan tersebut berjaya menarik 12 pembida dengan nilai bidaan meningkat kepada AS$100 (RM419) menjelang tengah hari semalam, namun ia telah dipadam oleh Trade Me beberapa jam kemudian kerana didapati melanggar terma dan syarat. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:




Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Smart TAG, Touch ‘n Go lebih digemari pengguna

Blue Tears Kuala Selangor, Penemuan Luar Biasa



Leave a Reply

Your email address will not be published.