Erdogan beri Russia amaran tidak ceroboh Ukraine

Erdogan beri Russia amaran tidak ceroboh Ukraine

ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, memberi amaran kepada Russia supaya tidak menyerang Ukraine, mengingatkan bekas republik Soviet itu sebagai negara ‘berkuasa’ dengan rakan antarabangsa.

Penghantaran bekalan dron tempur Turki ke Ukraine telah menimbulkan kemarahan Russia, yang bimbang ia boleh digunakan oleh Kyiv dalam konfliknya selama bertahun-tahun di dua wilayah timur dikuasai puak pemisah yang disokong Moscow.



Bercakap kepada wartawan Turki di Albania, Erdogan berkata, beliau berhasrat membincangkan ketegangan yang semakin meningkat itu dengan Presiden Russia, Vladimir Putin.

“Anda tidak boleh mengendalikan perkara ini dengan berkata ‘Saya akan menyerang sesuatu, saya akan mengambilnya’.

“Saya tidak melihat pencerobohan Russia ke atas Ukraine sebagai pilihan yang realistik kerana ia bukan negara biasa. Ukraine adalah negara yang berkuasa,” kata Erdogan, yang menyokong aspirasi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ke atas Ukraine.

Pada Disember lalu, Putin mengkritik Ukraine kerana menggunakan dron serangan Turki, menggesa Ankara untuk memberi tekanan kepada Kyiv agar tidak menggunakan perkakasan ketenteraan, yang telah memainkan peranan penting dalam konflik di Libya dan ke atas wilayah pemisah Azerbaijan di Nagorno-Karabakh.



Turki menjawab kritikan itu dengan menyatakan tidak boleh bertanggungjawab ke atas bagaimana dron itu digunakan oleh negara selepas ia dijual.

Erdogan berkata, beliau sentiasa menentang pendekatan Russia terhadap Ukraine, mengkritik pencerobohan ke atas Crimea pada 2014.

Beliau juga menambah bahawa Russia ‘harus menyemak keadaan di dunia dan keadaannya sendiri sebelum memutuskan untuk mengambil langkah’ untuk menceroboh.

“Kita perlu menarik perang daripada sejarah politik,” kata Erdogan.



Barat menuduh Russia mengerahkan kereta kebal, artileri dan kira-kira 100,000 askar merentasi sempadan utara dan timur Ukraine sebagai persediaan menghadapi kemungkinan pencerobohan.

Moscow berkata, ia bertindak balas terhadap apa yang dilihatnya sebagai kehadiran NATO yang semakin meningkat dalam lingkungan pengaruhnya, yang mana ia menentang keras pengembangan pakatan Atlantik. BH

Erdogan beri Russia amaran tidak ceroboh Ukraine


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya



Amy punca kemelut Search?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker