Kluster Covid-19 naik mendadak

Kluster Covid-19 naik mendadak

Malaysia mencatatkan peningkatan mendadak jumlah kluster Covid-19 apabila merekodkan 17 kluster baharu berbanding semalam, enam kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,235 kluster.



“Sebanyak 188 kluster aktif direkodkan yang menunjukkan pertambahan berbanding semalam, 177 kluster. Jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,047 kluster berbanding semalam, 6,041 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, sebanyak 3,245 kes positif menunjukkan peningkatan berbanding semalam, 2,342 kes sekali gus mengatasi 3,093 kes.

“Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 84 kes berbanding semalam, 87 kes. Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) pula merekodkan 183 kes berbanding semalam, 184 kes,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, jumlah kematian yang dilaporkan mencatatkan peningkatan iaitu 16 kes, berbanding semalam, 12 kes.



Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,809 kes. Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak dua daripada 16 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,417 kes. Utusan

Kluster Covid-19 naik mendadak


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya



Amy punca kemelut Search?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker