Covid-19 tak menular semasa demo Azam Baki?

Covid-19 tak menular semasa demo Azam Baki?

Najib Razak secara sinis mempersoalkan tindakan pihak yang ingin mengadakan demonstrasi berhubung isu pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki.

Menyasarkan kritikannya terhadap pembangkang, Najib membangkitkan PH yang membantah PRN Johor dilaksanakan.

“Pejuang, PKR, Amanah, DAP dan Muda ugut akan turun ke jalan raya untuk membuat protes besar-besaran.

“Mereka juga yang bantah PRN Johor dan PRU dilaksanakan dengan alasan pandemik Covid belum selesai biarpun PRN Melaka dan Sarawak tidak menaikkan kes Covid.

“Adakah Covid hanya berjangkit pada pengundi tetapi tak ancam protes jalan raya?” tulisnya di Facebook.

Dalam hantaran itu, Najib turut mengongsikan tangkap layar laporan The Malaysian Insight hari ini, berhubung 17 kumpulan masyarakat sivil dan lapan parti politik yang akan mengadakan demonstrasi hujung minggu ini jika tiada tindakan diambil terhadap Azam.

Menurut laporan itu, antara pihak parti politik yang terlibat adalah Muda, Pemuda Keadilan, Pemuda DAP, Pemuda Amanah, Pemuda PH. Mk

Covid-19 tak menular semasa demo Azam Baki?


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Amy punca kemelut Search?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker