Hero Thaipusam bantu wanita Melayu bersalin di hadapan kuil

Hero Thaipusam bantu wanita Melayu bersalin di hadapan kuil

Ini buktinya rakyat Malaysia sentiasa bersatu padu dan tolong-menolong tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.

Itu antara reaksi pengguna laman sosial apabila melihat satu hantaran di Facebook yang memaparkan seorang wanita bersalin di dalam sebuah kenderaan berdekatan sebuah kuil di Batu Caves pagi tadi.

Menariknya, kejadian itu berlaku ketika penganut agama Hindu sedang meraikan sambutan Hari Thaipusam yang jatuh pada hari ini.

Menerusi hantaran yang dikongsi seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai LK Savantharaja, ketika kejadian dia ke kuil berkenaan untuk sembahyang.

“Ternampak sorang wanita jerit minta tolong di luar kuil. Terus saya berlari sebelum nampak seorang ibu bangsa Melayu nak bersalin dalam kereta.

“Saya dan beberapa pengunjung lain terus tutup tingkap kereta dengan kain (vesthi). Masa baby selamat dilahirkan, saya bagitau ‘Kakak you and your baby are blessed, rasa gembira dia selamat lahirkan bayi perempuan,” tulis lelaki tersebut.

Menurut lelaki yang juga seorang wartawan sebuah akhbar Tamil itu lagi, pasukan perubatan bersama sebuah ambulan tiba selepas bayi itu selamat dilahirkan.

“Sebelum mereka pergi hospital, saya sempat selfie dengan bapa kepada bayi itu untuk kenangan,”katanya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen memuji tindakan pemuda itu serta orang ramai yang berada di kawasan kejadian kerana telah membantu keluarga tersebut.

“Terima kasih kepada semua yang membantu, inilah buktinya rakyat Malaysia bersatu padu dan sentiasa menolong antara satu sama lain tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan. Semangat ini wajar dicontohi oleh semua,”tulis Cikgu Ayu Melati.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Muhammad Azuwan.

“Inilah perpaduan yang kita mahukan di kalangan rakyat malaysia,”tulisnya. K Online

Hero Thaipusam bantu wanita Melayu bersalin di hadapan kuil


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Amy punca kemelut Search?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker