Bot bawa PATI karam: 6 mayat ditemui, 1 selamat

Bot bawa PATI karam: 6 mayat ditemui, 1 selamat

Enam mayat dipercayai penumpang bot yang karam di perairan Pulau Pisang, Pontian, Johor, awal pagi tadi ditemui setakat ini.

Menurut laporan Sinar Harian, mayat pertama dan kedua dinaikkan di jeti itu kira-kira 2.35 petang, baki empat mayat terakhir pula dibawa naik kira-kira 3.04 petang manakala seorang lagi mangsa ditemui selamat.

Mangsa yang selamat ialah seorang wanita dan dia kemudian dibawa pasukan mencari dan menyelamat ke Jeti Persatuan Nelayan Pontian Besar, kira-kira 2.30 petang menaiki bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Wanita itu dilihat menangis setibanya di jeti berkenaan sebelum dibawa ke ambulans yang menanti di jeti untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sebelum itu, seramai tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) dikhuatiri lemas, manakala enam lagi ditemui selamat oleh nelayan tempatan selepas bot fiber dinaiki mereka terbalik dan karam di perairan Pulau Pisang.

Pengarah Maritim Johor, Nurul Hizam Zakaria dalam kenyataan sebelum ini berkata, enam mangsa terbabit diselamatkan oleh sebuah bot nelayan tempatan di kedudukan 0.3 barat daya Pontian Besar.

“Berdasarkan maklumat awal mangsa terselamat, bot dinaiki membawa lebih kurang 13 penumpang termasuk tekong karam dipukul ombak kuat semasa cuba memasuki negara ini,” katanya.

Nurul Hizam berkata, enam mangsa yang selamat dibawa ke Hospital Pontian untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Katanya, Maritim Malaysia telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat pada 10.20 pagi tadi dan mengatur gerak sebuah pesawat AW139 dan bot KILAT 12 bagi mengesan dan mencari baki mangsa yang hilang. FMT

Bot bawa PATI karam: 6 mayat ditemui, 1 selamat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya

Amy punca kemelut Search?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker