‘Tikus Pahlawan’ MAGAWA Pernah Kesan Lebih 100 Periuk Api Dan Diberi Pingat Kini Sudah Tiada

‘Tikus Pahlawan’ MAGAWA Pernah Kesan Lebih 100 Periuk Api Dan Diberi Pingat Kini Sudah Tiada

MAGAWA, seekor tikus yang telah menemui lebih 100 periuk api dan bahan letupan di Kemboja dan memenangi pingat kerana kepahlawanan, telah meninggal dunia pada usia lapan tahun, menurut badan amal yang melatihnya.

Magawa, yang bersara pada Jun tahun lalu, meninggal dunia pada hujung minggu lalu, umum sebuah organisasi bukan kerajaan antarabangsa APOPO pada Selasa.



“Magawa berada dalam keadaan sihat dan menghabiskan sebahagian besar minggu lepas bermain dengan penuh bersemangat seperti biasa, tetapi menjelang hujung minggu dia mula perlahan, dia lebih banyak tidur siang dan kurang minat terhadap makanan,” kata APOPO dalam satu kenyataan.

Disebabkan oleh perang saudara yang berlansung selama berdekad-dekad lamanya, Kemboja merupakan salah sebuah negara yang paling banyak periuk api, dengan lebih 1,000 km persegi (386 batu persegi) kawasan dipercayai masih dipenuhi perangkap itu.

APOPO yang berpangkalan di Belgium melatih tikus untuk mengesan periuk api, dan menggelarkannya sebagai “HeroRAT”.



Menggunakan tikus untuk menghidu periuk api menjadikan ia kurang berbahaya bagi pengendali manusia.

“Kami semua di APOPO merasai kehilangan Magawa dan kami berterima kasih atas kerja luar biasa yang dia lakukan,” kata organisasi itu.

“Sumbangannya membolehkan masyarakat di Kemboja hidup, bekerja dan bermain, tanpa rasa takut kehilangan nyawa atau anggota badan,” tambahnya. – Reuters



‘Tikus Pahlawan’ MAGAWA Pernah Kesan Lebih 100 Periuk Api Dan Diberi Pingat Kini Sudah Tiada

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupa-rupanya Kamal Adli



Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker