Suspek kes Cyberjaya mengaku raba 5 wanita lain

Suspek kes Cyberjaya mengaku raba 5 wanita lain

Suspek dalam kejadian raba di kawasan parkir kenderaan Tamarind Square, Cyberjaya turut melakukan serangan seksual terhadap lima wanita lain pada Disember lalu, kata polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang, Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, perkara itu didedahkan suspek yang ditahan polis awal hari ini dan dia mengaku melakukan jenayah berkenaan.

“Disember lalu, dia meraba lima orang lain. Tiga daripada mangsa membuat laporan polis, manakala dua lagi tidak,” katanya kepada FMT tanpa mendedahkan butiran lanjut.

Suspek, yang juga penghantar makanan e-panggilan berusia 20 tahun, ditahan di rumahnya di Puchong hari ini dan mengaku meraba seorang wanita di Tamarind Square semalam.

Suspek itu didakwa mendekati seorang wanita berusia 27 tahun yang menolak troli barang ke arah keretanya di ruang parkir kenderaan.

Selepas tawarannya untuk “membantu” wanita itu ditolak, suspek terus meraba mangsa sebelum melarikan diri.

Dalam maklum balas terhadap insiden itu, pihak pengurusan Tamarind Square berkata, ia terkejut dengan kejadian itu dan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa ia akan berusaha meningkatkan keselamatan di sekitar premis berkenaan.

Katanya, suspek telah melakukan serangan seksual terhadap tiga wanita di premis itu semalam, walaupun Wan Kamarul tidak mengesahkannya.

“Kami telah bekerja keras untuk mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pelanggan. Liputan CCTV telah dipertingkatkan dan diperluaskan, terutamanya di kawasan parkir kenderaan dan kawasan ‘titik buta’.

“Lebih ramai pengawal keselamatan dikerahkan untuk membuat rondaan di sekitar premis kami dan pemasangan butang panik di lokasi strategik sebagai langkah keselamatan tambahan juga giat dijalankan,” kata pengurusan Tamarind Square. FMT

Suspek kes Cyberjaya mengaku raba 5 wanita lain


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Terkini: Permohonan bantuan Laptop dan Tablet dibuka

Resepi Ayam Goreng Korea Super Rangup

Resepi bubur pedas Sarawak nang nyaman

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker