‘Seseorang’ telah selamatkan UMNO – Zahid

‘Seseorang’ telah selamatkan UMNO – Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan cubaan untuk mengharamkan UMNO pernah ‘dipatahkan’ seseorang.

Bagaimanapun, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu tidak mendedahkan identiti sebenar ‘seseorang’ yang beliau maksudkan itu.



Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah matlamat dan objektif penubuhan Bersatu untuk menggantikan UMNO tercapai, selepas memperoleh kemenangan 70 daripada 112 kerusi majoriti Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Saya telah bagi tahu daripada awal-awal bahawa matlamat penubuhan Bersatu jelas secara tersurat dan tersirat untuk membunuh UMNO. Jelas bahawa di dalam PRU15, matlamat ini sebenarnya jauh daripada sasaran mereka.

“Kita harap, ini akan menimbulkan kesedaran dalam kalangan rakyat, khususnya ahli-ahli akar umbi bahawa tujuan halus mereka itu mesti ditolak ahli-ahli UMNO keseluruhannya,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan ulangtahun ke-10 Persatuan Usahwan Wanita Cina Malaysia (WCWEA) di sini, malam tadi.



Ahmad Zahid berkata, UMNO tahu matlamat Bersatu lebih jauh daripada itu sebenarnya, apabila buat pertama kalinya ketika seseorang menjadi Menteri Dalam Negeri, yang di atas mejanya telah ada surat untuk mengharam dan membatalkan UMNO.

“Namun kita telah mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang telah dapat membatalkan hasrat itu,” katanya.

Ada beberapa sumber mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menggagalkan cubaan mengharamkan UMNO ketika itu.

‘Seseorang’ telah selamatkan UMNO – Zahid




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal



Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker