Ditinggal menjelang perkahwinan, wanita nekad bersanding sendirian

Ditinggal menjelang perkahwinan, wanita nekad bersanding sendirian

Seorang pengantin perempuan dari Bali menjadi tular gara-gara melangsungkan majlis perkahwinan tanpa pengantin lelaki, lapor laman berita Suara.com.

Menerusi satu video rakaman yang dimuat naik di TikTok, seorang pengantin perempuan dilihat lengkap memakai baju pengantin serta bersolek, namun tiada pengantin lelaki di sampingnya.

Wanita itu menceritakan satu-persatu mengenai bagaimana perkara tersebut berlaku.



Menurutnya, pada awalnya, pengantin lelaki komited untuk melangsungkan perkahwinan. Namun, sehari sebelum dinikahkan, keluarga pihak lelaki bertindak membatalkan perkahwinan mereka.

“Kenapa perlu bersusah-payah membatalkan perkahwinan sedangkan persiapan sudah lengkap dari awal,” tulis wanita itu.

Wanita tersebut akhirnya membuat keputusan untuk tetap meneruskan majlis meskipun tanpa pengantin lelaki demi menjaga nama baik keluarga.

Kisah tular itu mendapat tumpuan netizen di ruangan komen.



“Kalu enggan berkahwin, kenapa tidak diberitahu sejak awal. Kasihan keluarga wanita itu kerana sudah menyiapkan semua kelengkapan perkahwinan,” kata seorang netizen.

“Sekarang dia ditinggalkan kerana lelaki itu tidak mahu bertanggungjawab. Jangan menyesal, tetap bersemangat dan percaya bahawa karma itu wujud,’’ tulis seorang lagi pengguna. K Online

Ditinggal menjelang perkahwinan, wanita nekad bersanding sendirian


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila

Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker