Nenek 73 Tahun ‘Ride’ Pergi Rumah Cucu Seorang Diri Dari Ampang Ke Senawang

Nenek 73 Tahun ‘Ride’ Pergi Rumah Cucu Seorang Diri Dari Ampang Ke Senawang

Kata orang, usia bukanlah penghalang. Setiap orang boleh buat apa yang mereka minati selagi ada kudrat, betul tak?

Seperti seorang nenek berusia 73 tahun ini yang masih kuat untuk menunggang motosikal lebih 70 kilometer seorang diri. Menerusi perkongsian Nurul Ain Jariah, dia menceritakan bagaimana neneknya berani ‘ride’ sendirian dari Ampang ke rumahnya di Senawang.



Tengok la nenek saya dari Ampang. Tau tau sampai je rumah saya, Senawang.”
Berdasarkan video dikongsikan Ain di TikTok, neneknya sebelum ini ada membeli motosikal baharu, katanya untuk buat ‘ronda ronda’.

Kata Ain lagi, neneknya memang suka dengan motosikal dan masih bersemangat menunggang meskipun jarak jauh.

Ramai warganet berasa kagum dengan keberanian nenek Ain kerana kebiasaannya warga emas di usia sebegitu dibawa oleh anak dan cucu untuk berjalan-jalan.

Namun, ada segelintir yang meluahkan kerisauan mereka tentang keselamatan nenek Ain kerana memikirkan kenderaan yang banyak di lebuh raya.



Memang berani tetapi harap berhati-hati di jalan raya dan kita doakan keselamatan nenek ini ketika menunggang motorsikal tidak kira jarak dekat mahu pun jauh. Bn

Nenek 73 Tahun ‘Ride’ Pergi Rumah Cucu Seorang Diri Dari Ampang Ke Senawang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a




Rupa-rupanya Kamal Adli

Resepi Crab Rangoon Viral Gila



Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker