Biodata Artis Nikki Palikat. Profail dan Latar Belakang.

Biodata Artis Nikki Palikat. Profail dan Latar Belakang.

Biodata Artis Nikki Palikat. Profail dan Latar Belakang.

Nicolette Louisa “Nikki” Palikat (lahir 1 November 1985) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia dan peserta Malaysian Idol musim pertama.

Kehidupan peribadi

Beliau berasal dari Tambunan, Sabah dan dilahirkan pada 1 November 1985 di Berrien Springs, Michigan. Nikki fasih berbahasa Dusun dan Bahasa Inggeris serta Bahasa Melayu. Selepas tamat Malaysian Idol 1, Nikki menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan. Sebelum itu, beliau bersekolah di St Francis Convent Catholic School. Nikki dikenali di Malaysia dengan suara tinggi ( Whistle Register) yang menjadi trademark beliau dalam nyanyian.

Beliau ialah anak saudara kepada Jimmy Palikat, yang popular dengan lagu ‘ Anak Kampung. Nikki berkahwin dengan komposer dan penerbit rakaman Audi Mok dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Kerjaya

Semasa menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan, Nikki berjaya memasuki pertandingan Malaysian Idol Musim 1 dengan mempersembahkan sebuah lagu yang bertajuk ‘Emotions’ dendangan Mariah Carey. Nikki berjaya memasuki peringkat 12 teratas pertandingan tersebut dan dianggap sebagai peserta yang terbaik untuk memenangi pertandingan tersebut oleh Paul Moss.

Lagu-lagu yang disampaikan oleh Nikki ketika berada di dalam Malaysian Idol Musim 1:

  1. Audition – Emotions – (Mariah Carey)
  2. Workshop – One Moment in Time -(Whitney Houston)
  3. Wildcard – The Voice Within – (Christina Aguilera)
  4. Top 12 – Crazy in Love – (Beyoncé)
  5. Top 10 – I Want You Back – (The Jackson 5)
  6. Against All Odds – (Phil Collins) – Top 8
  7. Top 7 – I’m with You – (Avril Lavigne)
  8. Top 6 – Emotion – (Destiny’s Child)

Selepas tamat pengajian di Kolej Matrikulasi Labuan Nikki dilamar oleh Artistes United Records dan melahirkan album sulung beliau iaitu Maharani. Album tersebut menunjukkan kemantapan vokal Nikki menggunakan teknik ‘whistle register’.

Nikki membuat penampilan teater pertamanya dengan Shout the Mod Musical dan diikuti oleh Euphrasia.

Gegar Vaganza 2021

Nikki terpilih menyertai Gegar Vaganza (2021) anjuran Astro.

Biodata Artis Nikki Palikat. Profail dan Latar Belakang.

Nikki
Nama lahir Nicolette Louisa Palikat
Kelahiran 1 November 1985 (umur 36)
Berrien Springs, Michigan, Amerika Syarikat
Berasal dari Tambunan, Sabah, Malaysia
Genre Pop, R&B, soul
Pekerjaan Penyanyi, pelakon
Tahun aktif 2004–kini
Syarikat rakaman
Artistes United Records
Laman sesawang
www.nikkimusic.com.my

Biodata Artis Nikki Palikat. Profail dan Latar Belakang.

Biodata Artis Nikki Palikat. Profail dan Latar Belakang.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Senarai peserta pentas akhir Gegar Vaganza 8

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker