Penganalisis jangka UMNO gerak solo

Ketika ini UMNO melihat Bersatu sebagai ancaman terbesar bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

SHAH ALAM – BN dijangka bergerak sendiri jika berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan dua matlamat iaitu menghapuskan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan memaksimumkan kerusi untuk didominasi seperti sebelum 2013.

Penganalisis Politik, Profesor Wong Chin Huat berkata, ketika ini UMNO melihat Bersatu sebagai ancaman terbesar bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Jika berlaku pembubaran, pilihan raya akan berlaku selepas Tahun Baharu Cina dan sebelum Ramadan. UMNO/BN pasti akan bergerak sendiri untuk menghapuskan Bersatu yang dilihat sebagai ancaman terbesar kepada UMNO.

“BN juga mahu memaksimumkan kerusi seperti dominasi sebelum 2013. Kerana UMNO inginkan pilihan raya terasing dan lebih awal daripada PRU. Jadi tidak mungkin UMNO berkongsi kerusi dengan Perikatan Nasional (PN), iaitu Bersatu dan Pas,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.



Beliau bagaimanapun berkata, kemenangan bagi membentuk kerajaan di Johor akan bergantung kepada beberapa perkara termasuk jumlah penjuru dalam setiap DUN.

Katanya, UMNO berpotensi menang sekiranya Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Parti Warisan dan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) cuba merebut kerusi yang sedang dipegang Pakatan Harapan (PH), manakala PN mungkin menang satu atau dua kawasan seperti di Melaka.

“Namun, kemenangan juga bergantung kepada peratusan pengundi baharu Undi18 dan pendaftar pengundi automatik (AVR) yang mungkin akan keluar mengundi dan menghukum UMNO serta Bersatu yang menerajui kerajaan impak kemarahan mereka mengenai isu banjir dan bencana.

“Pengundi baru terutamanya AVR yang dahulunya malas mengambil tahu tentang politik mungkin akan rasa marah dan keluar mengundi semata-mata untuk menghukum parti pemerintah.



“Maka, Muda dan Pejuang mungkin dapat merampas sebilangan kerusi daripada UMNO sekiranya mereka mempunyai calon yang kuat,” katanya.

Penganalisis jangka UMNO gerak solo

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rupa-rupanya Kamal Adli



Resepi Crab Rangoon Viral Gila



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker