Kerajaan Terengganu fatwa ajaran ustaz Mohib Khouli Nazem sesat, bercanggah akidah Islam

Jawatankuasa Fatwa Terengganu memutuskan bahawa ajaran Ustaz Mohib Khouli Nazem adalah sesat dan bercanggah dengan akidah Islam.

Mufti Terengganu, Datuk Dr Mohamad Sabri Haron, berkata Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam negeri melalui Jawatankuasa Fatwa atas perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengeluarkan fatwa bahawa ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem adalah sesat.

Beliau berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu kali Ke-15 yang bersidang pada 30 Ogos lalu juga memutuskan bahawa ajaran itu berlaku percanggahan dengan tonggak akidah Islam, al- Asya’irah dan al-Matrudiyyah.



“Ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem diwartakan menerusi Warta Kerajaan pada 16 November 2023 (Khamis) yang mana ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem difatwakan sesat lagi menyesatkan dan bercanggah dengan tonggak akidah Islam yang diyakini oleh ulama al- Asya’irah dan al-Matrudiyyah.

“Ciri-ciri penyelewengan ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem termasuklah mendakwa bahawa Allah SWT Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu dan oleh sebab itu, jika Allah SWT menghendaki mengadakan anak untuk diriNya, Dia Maha Berkuasa menciptanya.

“Dakwaan ini merosakkan pegangan akidah masyarakat Islam kerana memahami bahawa Allah SWT harus mempunyai anak, sedangkan jelas Allah SWT mustahil mempunyai anak,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Mohamad Sabri berkata, mendakwa bahawa Allah SWT Maha Berkuasa terhadap segala sesuatu dan oleh sebab itu, jika Allah SWT menghendaki duduk atas belakang sayap nyamuk, Dia Maha Berkuasa melakukannya.



Beliau berkata, dakwaan ini merosakkan pegangan akidah masyarakat Islam kerana memahami seolah-olah Allah SWT mempunyai sifat dan jisim yang sama seperti makhluk.

“Mendakwa bahawa pentakwilan ayat-ayat sifat Allah SWT yang diterima pakai oleh aliran ulama’ al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah seperti Istiwa’, Wajh, Yad dan seumpamanya adalah sesat sama kedudukannya seperti ajaran kumpulan Mu’tazilah dan Jahmiyyah yang sesat.

“Mendakwa bahawa golongan al-Asya’irah adalah sama dengan golongan Yahudi, Jahmiyyah, Mu’tazilah, Musyrikin dan penyembah lembu; mendakwa bahawa akidah para ulama al-Asya’irah seperti Imam al-Ghazali, Imam al-Nawawi, Imam Fakhruddin al-Razi, Imam al-Syahrastani dan Sultan Ulama I’zzuddin Ibn ‘Abd al-Salam adalah sama pegangan dengan akidah puak sesat Jahmiyyah.

“Mendakwa bahawa Imam Abu Hanifah mati dalam keadaan kufur dan mendakwa bahawa tidak sah solat di belakang imam yang berpegang dengan akidah al-Asya’irah,” katanya.



Mohamad Sabri berkata, jika solat Jumaat di belakang imam yang bermazhab al-Asya’irah, maka solatnya hendaklah diulang dengan solat Zohor.

Katanya lagi, mana-mana orang Islam yang mengamalkan sebarang ajaran yang berkaitan dengan Mhd Mohib Khouli Nazem adalah haram.

“Ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem adalah fahaman ektremis agama atau golongan pelampau (ghuluw) yang boleh mengancam keselamatan negara.

“Apa-apa publisiti, pengajaran atau penyiaran sama ada dalam bentuk bersemuka, atau melalui media sosial atau dalam apa-apa bentuk yang berkaitan dengan Mhd Mohib Khouli Nazem adalah tidak dibenarkan dan hendaklah disekat,” katanya.



Mohamad Sabri berkata, apa-apa penulisan atau penerbitan bahan bercetak atau apa-apa yang berkaitan dengan ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem adalah tidak dibenarkan dan hendaklah disekat.

“Mana-mana orang Islam, sama ada secara individu atau berkumpulan adalah tidak dibenarkan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang mempunyai kaitan dengan ajaran Mhd Mohib Khouli Nazem,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rampas Anna daripada Meerqeen, ini jawab Amir Ahnaf

Imam Turkiye ditangkap di Mekah sebab sebut tentang Gaza & Palestin



Jalan ‘glow in the dark’ pertama di Malaysia

A letter to Sarawakian Christian Zionists: The evangelicals will not save us

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker