Saya Tak Gelek Punggung Dalam TikTok – Suami Selar Nadia Brian



Sebaran :

Suami kepada pelakon Nadia Brian menepis kenyataan isterinya yang ingin mendedahkan kerenahnya kepada umum.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam InstaStorynya hari ini, pemilik nama Muizz Nasruddin itu mengatakan selama ini dia tidak mendedahkan masalah rumah tangga yang dialami mereka kepada umum.

“Kerenah? Aku tak pernah paksa kau masaka, cuci baju, bersihkan rumah sebab orang gaji sudah disediakan.



“Aku tak pernah halang dan paksa kau untuk bekerja. Aku tak pernah halang kau berkawan dan berkasar dengan kau. Jadi apa yang kau derita sangat?,” tulisnya.

Muizz juga memberitahu sepanjang perkahwinan mereka yang tidak sampai usia setahun itu, dia telah menunaikan segala tuntutan nafkah mengikut kemampuannya.

“Aku hanya tak mampu hadiahkan kau rumah dan memenuhi kehendak kau buat masa sekarang ini.



“Sekarang ini ialah waktu sukar kerana keadaan ekonomi yang teruk. Adakah ini alasan untuk semua perkara buruk yang telah kau lakukan kepada aku?,” ujarnya lagi.

Tambah Muizz, dia tidak pernah mengejar glamor sepanjang hidupnya.

“Populariti tidak dapat membayar bil saya. Saya juga tidak buat reviu untuk dapatkan duit atau gelek punggung untuk menagih perhatian dalam TikTok.



“Saya tidak dapat apa-apa hasil daripada masalah ini. Tolong hentikan bercakap perkara bohong tentang saya. Jadi saya akan berhenti sebarkan kebenaran tentang kau,” katanya.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan tersebut hangat diperkatakan sejak Oktober lalu.

Lebih mencetuskan tanda tanya, Muizz turut mendedahkan Nadia berlaku curang terhadapnya bersama dua lelaki lain.



Nadia dan Muizz yang juga seorang ahli perniagaan mendirikan rumah tangga pada 9 November 2019. – K! ONLINE

Sumber: Instagram

Rumah tangga Nadia, Muizz runtuh


Sebaran :


Leave a Reply