Rumah tangga Nadia, Muizz runtuh

Pelakon, Nadia Brian mengesahkan suaminya, Muizz Nasruddin sudah memfailkan kes perceraian di mahkamah syariah.

Selepas sekian lama memilih untuk berdiam diri bagi tidak mengeruhkan keadaan, Nadia berkongsi berita bakal bercerai menerusi temu bual bersama program Melodi, Ahad lalu.

Nadia berkata, dia menunggu tarikh perbicaraan mahkamah syariah ketika ini.

“Ya, suami sudah pun memfailkan perceraian. Saya kini hanya menunggu tarikh untuk hadir ke mahkamah,” katanya kepada BH Online.

Nadia berkata, dia akur ramai rakan media menagih kenyataan daripadanya, namun belum bersedia berkongsi masalah rumah tangganya.


“Saya tahu ramai mencari saya untuk mendapatkan kenyataan mengenai isu rumah tangga ini. Minta maaf, saya tak dapat menjawab kerana sibuk dengan penggambaran drama.

“Status saya sekarang, suami sudah memfailkan perceraian. Cuma, agak lambat berikutan pandemik COVID-19. Saya sedang menunggu tarikh,” katanya.

Sementara itu, menerusi entri Instagram (IG), pelakon drama Lelakimu Yang Dulu itu berkata, tuduhan yang dilemparkan terhadapnya adalah fitnah.

“Kita tunggu perbicaraan di mahkamah syariah. Doakan semuanya dipermudahkan.

“Jika tiada bukti, semua tuduhan terhadap saya adalah fitnah. Selama ini, saya hanya mendiamkan diri bukan kerana takut, tetapi tidak mahu mengeruhkan keadaan.

“Fitnah dan kata-kata tidak baik yang dilemparkan kepada saya serta keluarga selama ini tidak akan dimaafkan, kecuali datang minta maaf,” katanya.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga Nadia dan Muizz hangat diperkatakan sejak Oktober lalu. Lebih mencetuskan tanda tanya, Muizz mendedahkan Nadia curang terhadapnya bersama dua lelaki lain.

Nadia dan Muizz mendirikan rumah tangga pada 9 November 2019 dan belum dikurniakan cahaya mata. BH

Nadia Brian Mahu Segera Diceraikan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker