Nahas pesawat: Keluarga syukur jenazah dapat diuruskan lebih awal

Gambar dipercayai dirakam dalam pesawat Beechcraft sebelum berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, petang tadi.

SEPANG: Ahli keluarga pemandu e-hailing, Sharipuddin Shaari, 53, yang terkorban dalam tragedi Elmina di Shah Alam Khamis lalu sudah mula berkumpul di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) di sini bagi menanti kedatangan jenazah dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang.

Anak sulung Allahyaraham, Sahrul Izuan, 16, berkata ibunya, Suriana Muda, 43, sudah bertolak ke hospital jam 6.30 pagi bersama anak saudara untuk menuntut jenazah.

Katanya, jenazah akan terus dibawa ke masjid untuk disembahyang dan dikebumikan di tanah perkuburan berdekatan masjid.

Katanya, beliau bersyukur kerana jenazah dapat dikeluarkan lebih awal sehari seperti yang dimaklumkan sebelum ini, selepas beberapa hari menunggu untuk proses dokumentasi dilakukan pihak bertanggungjawab.



“Kami sekeluarga reda dan menerima ketentuan Allah SWT serta menganggap pemergian arwah ayah, mempunyai hikmah tersendiri,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, beberapa anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sepang turut hadir di perkarangan masjid untuk majlis pengebumian arwah.

Pegawai APM Sepang, Leftenan (PA) Faizal Mohd Sharif, berkata pihaknya diarahkan APM Selangor untuk membantu pengebumian jenazah Sharipuddin sekiranya diperlukan.

Katanya, arwah sebelum ini anggota APM Kedah dan aktif bertugas di Pusat Kuarantin COVID-19 di Hotel Seri Malaysia di Alor Setar.



“Seramai lapan anggota ditempatkan di masjid ini dan APM akan membantu mana yang perlu sehingga ke tanah perkuburan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Norreen Iman bakal disaman resort terkemuka Johor

Farid Kamil balas foto pegang tangan Diana Danielle



Pesawat terhempas: Saya sudah mati jika pecut – Pemilik dashcam (Video)

Tak sanggup tengok arwah merangkak sebut nama Allah – Saksi pesawat terhempas (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker