Bayi Kembar 2 Kepala 1 Badan Meninggal Dunia
Bayi Kembar 2 Kepala 1 Badan Meninggal Dunia
SUMATERA SELATAN: Bayi kembar yang dilahirkan dengan dua kepala pada satu badan di Hospital Umum Pusat Mohammad Hoesin (RSMH) Palembang, Sumatera Selatan meninggal dunia.
Ketua Jabatan Perhubungan Awam RSMH Palembang, Ahmad Suhaimi semalam berkata, bayi kepada pasangan ibu bapa muda yang berusia pertengahan 20-an, disahkan meninggal dunia oleh doktor pada pagi Jumaat jam 11.20 pagi WIB (waktu Indonesia Barat) atau 12.20 tengah hari waktu Malaysia.
“Doktor yang merawat menyatakan, bayi terbabit meninggal dunia semalam (kelmarin) jam 11.20 WIB atau tiga jam selepas kelahirannya pada jam 8.20 WIB,” katanya.
Menurutnya lagi, buat sementara waktu, ibu bayi terbabit sedang dirawat dengan rapi di bahagian rawatan kebidanan dan keadaannya semakin pulih.
“Kondisi ibu bayi terbabit ketika ini semakin pulih di bahagian rawatan kebidanan RSMB,” tambahnya.
Sementara itu, Dr Indrayadi dalam kenyataan rasmi yang diterbitkan RSMH menyatakan, punca kematian bayi yang lahir secara pembedahan dengan berat badan 3,600 gram, panjang badan 44 sentimeter (sm), lilitan kepala kedua-dua bayi 33 sm terbabit dijangkakan kerana keadaan paru-paru yang tidak normal (1 kepala hanya 1 paru-paru) dan terdapat masalah jantung.
Menurut beliau, ketika dilahirkan pada Jumaat jam 8.20 WIB, bayi itu tidak langsung menangis sehingga pasukan doktor memberikan bantuan pernafasan (oksigen) untuk melancarkan pernafasannya dan kemudian dibawa ke bahagian rawatan intensif bayi baru lahir.
“Di ruang rawatan, bayi kembali tidak bernafas kemudian dilakukan pemasangan alat bantuan pernafasan ke kedua-dua kepala bayi dan dihubungkan ke mesin bantuan pernafasan,” katanya.
Ketika diberi bantuan pernafasan di kepala kanan, kemudian, didapati hanya dinding dada kanan yang bergerak dan bunyi nafas hanya terdengar di sebelah kanan.
Kemudian, ketika diberi bantuan pernafasan untuk kepala kiri, hanya dinding dada kiri yang bergerak dan bunyi nafas hanya terdengar di dada kiri sehingga dicurigai satu kepala terhubung ke satu paru-paru.
Sehingga dilakukan imbasan X-ray, kelihatan dua tekak, dua paru-paru, satu jantung, dua tulang belakang, dua perut, satu tulang pinggul, dua lengan dan dua kaki, namun bayi belum sempat dilakukan pemeriksaan ekokardiografi.
“Kondisi bayi semakin teruk walaupun dibantu alat pernafasan dimaksimumkan dan diberikan ubat-ubatan sokongan pam jantung, tetapi tetap tidak membantu dan meninggal dunia jam 11.20 WIB,” katanya lagi. – AGENSI/AntaraNews
Bayi Kembar 2 Kepala 1 Badan Meninggal Dunia
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Datuk remaja curi tabung masjid yang suruh lapor kepada polis
- Baby Shark catat 10 bilion tontonan
- Unboxing isteri: Amy mengaku salah tapi…..
- Puteri Balqis didoakan mati cepat
- Khairuddin digugur daripada AJK PAS setelah 2 bulan dilantik
- Annuar tak hadir mesyuarat, tapi beri kenyataan wakili MKT – Shahrir
- Pensyarah dipenjara selepas tukar gred peperiksaan dengan seks
- Biodata Artis Jasmine Suraya Chin. Profail dan Latar Belakang
- Banjir 31 Disember, kenapa Syed Saddiq turun 7 Januari? – Onn
- Abu Syafiq Dakwa Muhyiddin Yassin Tidak Divaksin Ketika Tunaikan Umrah
- Tukang Masak Dedah ‘Rahsia Besar’ Cara Masak Nasi Putih Sedap, Bukan Masak Begitu Saja
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sejak Kecil Kembar Siam Ini Ditinggal Teruja Dapat Kerja Pertama Dan Kedua-duanya Dibayar Gaji
Gerai nasi dagang tak menang tangan lepas viral, 2 jam ‘sold out’
You must be logged in to post a comment.