Razarudin Timbalan Ketua Polis Negara baharu

Razarudin Timbalan Ketua Polis Negara baharu

Datuk Razarudin Husain@ Abd Rasid dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu.

Beliau menggantikan Datuk Mazlan Lazim yang bersara wajib 25 Disember ini.



Watikah pelantikan itu diserahkan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan disaksikan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dalam majlis ringkas hari ini.

Razarudin adalah penyandang Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman sejak 19 Ogos 2020.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Perak sebelum berpindah ke JSJN Bukit Aman menggantikan Datuk Ramli Din yang dilantik menjadi Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Istiadat serah terima tugas antara beliau dan Mazlan akan diadakan oleh Bukit Aman pada Jumaat ini.



Razarudin antara enam pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang terlibat dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 21 September 2020.

Satu istiadat serah terima tugas antara beliau dan Mazlan Lazim dijangkakan diadakan oleh Bukit Aman pada Jumaat ini.

Beliau akan menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Ketua Polis Negara yang baharu secara rasminya pada 26 Disember ini. MG

Razarudin Timbalan Ketua Polis Negara baharu




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Aktor Taiwan beri RM302,000 kepada pembantu rumah



Ibu saksi anak dirogol bekas suami di depan mata

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker