Dewan Rakyat tolak usul pembangkang hapus peruntukan kepada J-Kom (JASA)



Sebaran :

Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dibawa pembangkang supaya peruntukan sebanyak RM85.5 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dijenamakan semula sebagai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dipotong secara keseluruhan.

Keputusan menolak usul supaya peruntukan kepada JASA dipotong sepenuhnya diumumumkan ole Timbalan Yang Dipertua, Rashid Hasnonusan.

Keputusan menerusi undian suara majoriti bersetuju supaya ia dikekalkan dan tidak dipotong.



Usul supaya peruntukan itu dipotong dan dihapuskan dibuat oleh Wilfred Madius Tangau (Warisan-Tuaran), Maria Chin Abdullah (PH-Petaling Jaya), Ahmad Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai), Fuziah Salleh (PH-Kuantan) dan Mukhriz Mahathir (Bebas-Jerlun).

Mereka berkata, peruntukan kepada JASA perlu diberikan kepada jabatan dan kementerian lain, seperti Kementerian Kesihatan (KKM), dalam mendepani wabak Covid-19.

Peruntukan bagi Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) seliaan Kementerian Komunikasi dan Multimedia dipotong sebanyak RM45 juta.



Potongan 47.4 peratus daripada keseluruhan peruntukan J-KOM, menerusi kertas pindaan yang diusulkan Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abd Rahim Bakri itu diluluskan secara undian suara majoriti.

Kelulusan pemotongan peruntukan bagi J-KOM yang kini hanya tinggal RM40.5 juta, berbanding peruntukan asal RM85.5 juta, diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.

Peruntukan untuk J-KOM (JASA) RM40.5j


Sebaran :


Leave a Reply